Categories: Terkini

“RARE IS REAL” POSTER COMPETITION

UiTM Health Competition

Raising Awareness on Rare Disease & Mental Health

1 September – 30 November 2022

Pfizer dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan program bagi memupuk kesedaran tentang penyakit jarang jumpa (Rare Disease) dan kepentingan menjaga kesihatan mental (Mental Health) dalam kalangan belia di Malaysia. Dua pertandingan akan dijalankan secara serentak iaitu Pertandingan Reka Cipta Poster Kreatif mengenai penyakit jarang jumpa.

Bagi Pertandingan Poster Kreatif, para peserta hendaklah menyertakan “Rare is Real” sebagai tajuk utama poster dan boleh mengetengahkan satu atau lebih komponen REAL di dalam poster tersebut. Perkataan REAL merujuk kepada empat teras utama iaitu, R untuk Real, E untuk Equity, A untuk Access dan L untuk Life.

Pertandingan ini menawarkan hadiah maksimum bernilai RM3,000 bagi pemenang tempat pertama RM2,000 bagi tempat kedua, RM1,000 bagi pemenang tepat ketiga dan empat hadiah saguhati yang bernilai RM500. Poster hendaklah menyerlahkan Tema Warna Penyakit Jarang Jumpa (4 warna tema penyakit jarang jumpa yang boleh dirujuk di laman sesawang https://www.rarediseaseday.org/#share-your-colours)

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua belia berumur 18 – 30 tahun. Para peserta boleh menghantar hasil kreatif masing-masing dan mendapatkan segala informasi lebih lanjut di laman sesawang seperti berikut https://www.uitmhealthcompetition.com/.

Sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi kami melalui e-mail, telefon atau melaui borang di bawah

DR NURIZATY | +60116284 3874 | mailto:uitmhealthcompetition.uitm@gmail.com

admin

Recent Posts

Jom Bawa Anak2 ke World of Words – Kuala Lumpur (WoW-KL)

Dari 17–19 September 2025, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, WoW-KL akan dilancarkan bukan sahaja…

1 month ago

Fun Walk / Run Sepanjang September – November 2025

Dewan Konvensyen Bera  Sabtu | 18 Oktober 2025 sempena bulan kesedaran kanser payudara!   Booth pameran…

1 month ago

Ujian Kelayakan Calon Guru

Hebahan Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru Bagi Calon Lantikan Contract of Service dan Pengambilan Khas…

1 month ago

PERTANDINGAN MEWARNA YAPEIM

Warna-warni kreativiti anak anda bermula di sini! Jom serlahkan bakat seni si cilik melalui Pertandingan…

1 month ago

Peraduan Persembahan Video Kreatif Kami Wira Antirasuah

Terbuka kepada murid SEKOLAH RENDAH di bawah Kementerian Pendidikan! Adakah anda seorang yang kreatif? Ada…

1 month ago

Malaysia Day at JBCC’s Colouring Contest!

Got a little artist at home? Let their creativity shine this Malaysia Day at JBCC’s…

1 month ago