Categories: Terkini

PERTANDINGAN MELUKIS SEMPENA PESTA SAYAP 2022

PERTANDINGAN MELUKIS SEMPENA PESTA SAYAP 2022
Hi Adik-adik! Jom sertai sekarang dan serlahkan kreativiti anda!

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN:
1. Hasilkan lukisan yang kreatif dengan tema Pesta Sayap. Peserta boleh melukis tentang burung-burung atau burung-burung migrasi dan habitatnya di Malaysia. Tuliskan huraian ringkas tentang lukisan.
2. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis alat melukis dan mewarna kecuali melukis secara digital adalah tidak dibenarkan.
3. Kertas lukisan adalah bersaiz A4.
4. Karya hendaklah disimpan dan dihantar dalam bentuk PDF/JPEG/PNG.
5. Setiap penyertaan mestilah melalui borang Google (link di atas).
6. Sebarang penyertaan yang dihantar secara emel tidak akan dilayan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Pertandingan dibuka dari tarikh 1 November – 15 Disember 2022.
2. Tarikh tutup pada 15 Disember 2022 (Khamis) pada 11.59 pm.
3. Pertandingan adalah terbuka kepada ahli KPA sekolah rendah berumur 7 – 12 tahun.
4. Terbuka hanya kepada warga sekolah Kelab Pencinta Alam (KPA) berdaftar dan telah memperbaharui keahlian tahunan (bagi memastikan status keahlian sekolah anda, sila hubungi pegawai Kelab Pencinta Alam) dan keluarga terdekat (immediate family member) ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
5. Hanya satu penyertaan dibenarkan untuk setiap peserta. Lukisan yang dihantar mestilah asli dan dilukis oleh peserta.
6. Karya mestilah asli dan mengikut kreativiti masing-masing.
7. Keputusan juri adalah muktamad. Juri terdiri daripada ahli kumpulan kerja Pesta Sayap 2022.
8. Setiap penyertaan akan mendapat e-sijil (e-sijil akan diemelkan 6 – 8 minggu selepas keputusan pertandingan diumumkan).
9. Penganjur berhak untuk menolak penyertaan yang lewat dan tidak lengkap.
10. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta telah bersetuju dengan semua syarat yang telah dinyatakan.

HADIAH
Tempat Pertama: RM500
Tempat Kedua: RM300
Tempat Ketiga: RM200
Tempat Keempat: RM100
Tempat Kelima: RM100

Sebarang pertanyaan, sila emel kepada pestasayapmns@gmail.com

KLIK DI SINI UNTUK MENYERTAI

admin

Recent Posts

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

1 week ago

URIIS Student Biz Innovation Challenge 2026

Tukarkan Idea Anda Menjadi Impak Sebenar! Hadiah Wang Tunai sehingga RM20,000.00 !! Kepada semua mahasiswa…

1 week ago

SKK (Skim Khairat Kematian)

Skim Khairat Kematian (SKK) ialah program bantuan kewangan bagi tujuan pengurusan kematian di Malaysia—yang disediakan…

2 weeks ago

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐏𝐀𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 (𝐍𝐒𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tema: "Taman Angkasa: Penanaman Makanan di Angkasa" "Space Garden: Growing Food in Space" Pendaftaran dibuka…

2 weeks ago

Pertandingan Cipta Iklan AI

Tune Talk NextGEN, satu pertandingan yang mengajak pelajar di Malaysia menghasilkan iklan kreatif menggunakan kecerdasan…

3 weeks ago

A Breakdown of what Claude Can Help You With

Claude was developed by Anthropic, an AI safety research company founded in 2021 by former…

3 weeks ago