Categories: Terkini

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER INFOGRAFIK

SEMPENA WORLD FORESTRY DAY 2023 ANJURAN STELLA RAJENDRAN ENVIRONMENTAL EDUCATION FUND (SREEF)
Hi Adik-adik! Jom sertai sekarang dan serlahkan kreativiti anda!

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN:
1. TEMA: Hasilkan poster infografik bertemakan hutan dan ekosistem hutan (pokok, haiwan liar, serangga, etc.)/ kepentingan hutan kepada manusia dan alam sekitar/ kesan-kesan kemusnahan hutan.
2. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis alat melukis dan mewarna kecuali melukis secara digital adalah tidak dibenarkan.
3. Kertas lukisan adalah bersaiz A3.
4. Karya hendaklah disimpan dan dihantar dalam bentuk PDF/JPEG/PNG.
5. Setiap penyertaan mestilah melalui borang Google (Google Form ini).
6. Sebarang penyertaan yang dihantar secara emel tidak akan dilayan.
🔰 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Pertandingan dibuka dari tarikh 21 Mac – 28 April 2023. Tarikh tutup pada 28 April 2023 (Jumaat) pada 11.59 pm.
2. Pertandingan adalah terbuka kepada ahli KPA sekolah menengah berumur 13 – 19 tahun.
3. Terbuka hanya kepada warga sekolah Kelab Pencinta Alam (KPA) berdaftar dan telah memperbaharui keahlian tahunan (bagi memastikan status keahlian sekolah anda, sila hubungi pegawai Kelab Pencinta Alam) dan keluarga terdekat (immediate family member) ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
4. Hanya satu penyertaan dibenarkan untuk setiap peserta. Lukisan yang dihantar mestilah asli dan dilukis oleh peserta.
5. Karya mestilah asli dan mengikut kreativiti masing-masing.
6. Keputusan juri adalah muktamad. Juri terdiri daripada ahli kumpulan kerja World Forestry Day 2023.
7. Setiap penyertaan akan mendapat e-sijil (e-sijil akan diemelkan 6 – 8 minggu selepas keputusan pertandingan diumumkan).
8. Penganjur berhak untuk menolak penyertaan yang lewat dan tidak lengkap.
9. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta telah bersetuju dengan semua syarat yang telah dinyatakan.
🎁 HADIAH
Tempat Pertama: RM500
Tempat Kedua: RM300
Tempat Ketiga: RM100
Tempat Keempat: RM50
Tempat Kelima: RM50

📧Sebarang pertanyaan, sila emel kepada mnsforestryday@gmail.com

📝DAFTAR DI SINI:
https://docs.google.com/forms/d/14yj1cmPSptOZv0mu8k3eDHiwgq73x3ZAfi3J6L88Xxg

admin

Recent Posts

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 days ago

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…

2 days ago

PERTANDINGAN MENCIPTA KOMIK DIGITAL

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…

2 weeks ago

PERADUAN PRODUK ZUS

TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…

2 weeks ago

Pertandingan Pantun DRB-HICOM Bersama Harian Metro

Penganjuran edisi kedua ini adalah usaha sama strategik antara akhbar Harian Metro dan konglomerat automotif…

2 weeks ago

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

4 weeks ago