Categories: Terkini

PERTANDINGAN DOODLE

Tempoh pertandingan bermula 15 Oktober hingga 31 Oktober 2022

Serlahkan kreativiti anda melalui seni coret (doodle) daripada ilham puisi.
Ayuh, rebut peluang dan menangi hadiah yang ditawarkan!

a. Penyertaan terbuka kepada belia berumur 16 tahun hingga 35 tahun.

b. Setiap peserta mestilah melukis dalam bentuk seni coret (doodle) berdasarkan puisi pilihan. Puisi tersebut mestilah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja.

c. Karya yang dihasilkan hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur sentimen yang bersifat perkauman, politik dan juga isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

d. Karya yang dihantar mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli dan belum pernah menyertai sebarang pertandingan atau dipamerkan oleh mana-mana pihak.

e. Karya mestilah bersaiz A3. Medium yang boleh digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen atau warna air.

f. Karya mestilah kemas dan berbingkai atau ditampal di atas kertas keras (mounting board).

g. Tempoh pertandingan bermula 15 Oktober hingga 31 Oktober 2022.

Hadiah

(a) Pertama – RM1,000.00 dan sijil penghargaan.

(b) Kedua – RM700.00 dan sijil penghargaan.

(c) Ketiga – RM500.00 dan sijil penghargaan.

(d) 3 X Sagu hati – RM300.00 dan sijil penghargaan.

Untuk menyertai : Syarat-syarat dan pendaftaran penyertaan di http://linktr.ee/bkpk.

admin

Recent Posts

Sertai Kuiz EcoNinja Hari Beruang Kutub Antarabangsa 2026

SDG#ONE2026 | ECONINJA | NILAM  Anda sudah bersedia untuk Hari Beruang Kutub Antarabangsa 2026?Uji pengetahuan…

5 days ago

Ini Cerita Baru Mengenai Punch & IKEA Orang Utan

Punch, anak monyet di Zoo Bandar Ichikawa di Ichikawa, Jepun (kira-kira 20 batu di timur…

5 days ago

Cabaran Cipta Pantun

Cabaran Cipta Pantun kini kembali dengan tema Pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman! Selaras dengan…

6 days ago

Pertandingan Sekolah Tersihat AIA 2025/2026

AIA Healthies School menganjurkan Pertandingan Sekolah Tersihat AIA 2025/2026. Pertandingan ini terbuka kepada semua Sekolah…

6 days ago

KLAF 2026 Future Culture : Batik Art Competition

KLAF 2026 Future Culture : Batik Art Competition No Entrance Fee required and up to…

6 days ago

KELAS BAHASA PERCUMA UNTUK WARGA SELANGOR! 🌍📚

Nak belajar bahasa baru tapi bajet tak mengizinkan? Inilah masanya! Pendaftaran Kelas Asas Bahasa 2026…

6 days ago