Categories: Terkini

PERTANDINGAN MELARIK PUISI 2023

Pertandingan Melarik Puisi 2023 merupakan sebuah pertandingan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum (BKPK) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK). Pertandingan ini menguji kreativiti peserta untuk membawakan makna puisi ke dalam bentuk seni coret (doodle).

A. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

i. Penyertaan hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang terdiri daripada etnik bukan Melayu sahaja.

ii. Pertandingan terbahagi kepada dua (2) kategori mengikut peringkat umur iaitu:

Kategori A: 13 hingga 17 tahun
Kategori B: 18 tahun dan ke atas

iii. Penyertaan adalah secara individu dan setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja.

B. SYARAT-SYARAT KARYA

i. Setiap peserta mestilah menghasilkan sebuah lukisan menggunakan seni coret (doodle) berdasarkan mana-mana puisi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sama ada buku, majalah dan lain-lain. Seni coret atau lebih dikenali sebagai doodle merupakan sebuah seni lakaran bebas (freehand art) yang dilukis secara rawak dengan penggunaan garisan dan bentuk yang mampu memberikan makna yang abstrak.

ii. Lukisan yang dihasilkan mestilah mempunyai elemen dalam konsep Malaysia MADANI iaitu kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

iii. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan kertas bertekstur atau kanvas yang bersaiz A3 sahaja.

iv. Peserta bebas untuk menggunakan pen, pen penanda (marker) atau lain-lain yang bersesuaian mengikut kreativiti masing-masing.

v. Karya mestilah asli dan bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa maksud karya itu bukan asli.

vi. Karya yang dihasilkan mestilah bebas daripada sebarang unsur yang menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia seperti politik, perkauman, agama dan lain-lain.

vii. Karya yang dihantar untuk tujuan pertandingan mestilah tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan atau dipamerkan oleh mana-mana pihak.

viii. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.

C. TATACARA PENGHANTARAN KARYA

i. Peserta perlu mengisi borang penyertaan Pertandingan Melarik Puisi 2023 pada pautan https://forms.gle/99YSZwhYmTrZxDR48

ii. Karya mestilah dihantar kepada penganjur melalui kiriman pos sebelum atau pada 16 Jun 2023. Segala kos penghantaran dan sepanjang mengikuti pertandingan ini adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

iii. Peserta perlu melampirkan surat pengakuan penyerahan karya serta teks puisi yang digunakan bersama-sama dengan karya yang dihantar. Surat pengakuan penyerahan karya boleh didapatkan pada pautan https://tinyurl.com/4uyeadrp

iv. Karya yang dihantar untuk tujuan Pertandingan Melarik Puisi 2023 tidak akan dipulangkan semula dan menjadi hak milik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pihak DBP berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan atau menayangkan hasil karya peserta di laman sesawang, pameran atau mana-mana saluran media atau media sosial bagi tujuan promosi.

v. Pihak penganjur berhak untuk menolak sebarang karya yang tidak menepati syarat-syarat yang dinyatakan.

vi. Segala keputusan adalah MUKTAMAD.

D. HADIAH PERTANDINGAN

Kategori A
Tempat pertama: RM500 + Sijil digital
Tempat kedua: RM400 + Sijil digital
Tempat ketiga: RM300 + Sijil digital
Sagu hati: RM200 + Sijil digital (Tiga pemenang)

Kategori B
Tempat pertama: RM700 + Sijil digital
Tempat kedua: RM600 + Sijil digital
Tempat ketiga: RM500 + Sijil digital
Sagu hati: RM300 + Sijil digital (Tiga pemenang)

E. ALAMAT PENGHANTARAN KARYA

Urus setia,
Pertandingan Melarik Puisi 2023,
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum,
Aras 19, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 10803,
50926 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Encik Faris Idzwan melalui talian 03-2147 9308 atau e-mel faris@dbp.gov.my

admin

Recent Posts

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH : SBP, MRSM, KV, TEKNIK 2026

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 akan dibuka…

5 days ago

Bursa Investment Quiz (BIQ) 2026

Good news! Registration is now extended until 26 June 2026 — don’t miss it! Join…

1 week ago

Program Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026

Dua kategori, satu misi — melahirkan generasi celik tenaga! Program Pencarian Wira Bijak Tenaga 2026…

2 weeks ago

Public Sector AI Nexus Challenge 2026.

PUBLIC SECTOR AI NEXUS CHALLENGE 2026 Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (#NAIO) bersama JABATAN DIGITAL NEGARA…

2 weeks ago

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅 𝟑𝐂 #𝐂𝐀𝐑𝐈𝐃𝐀𝐍𝐌𝐔𝐒𝐍𝐀𝐇

Suka menghasilkan video kreatif untuk media sosial? Jom sertai Pertandingan Video Kreatif 3C #CariDanMusnah dan…

2 weeks ago

Pertandingan Video Pendek & Poster Denggi

Bersempena dengan Sambutan Hari Denggi ASEAN 2026 Peringkat Negeri Perak, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta berbesar…

2 weeks ago