

PARA pelajar sekolah menengah dan juga mahasiswa perlu mula merancang hala tuju pendidikan menuju ke arah kerjaya yang diimpikan sejak di bangku sekolah lagi. Lebih-lebih lagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka perlu merancang dengan teliti laluan pendidikan seterusnya di universiti supaya cita-cita dapat dicapai dengan lancar. Begitu juga dengan mahasiswa yang mula ingin mencari pekerjaan tetap selepas belajar bertahun-tahun di Universiti.
Tingkatkan kebolehpasaran kerjaya anda dengan mengikuti Program PERANTIS Dron Pilot, Dron Engineer dan Program Hospitaliti di EduCity
PERANTIS Iskandar adalah satu usaha dalam menyokong usaha kerajaan Malaysia dalam memastikan golongan belia mendapat peluang pekerjaan di dalam INDUSTRI yang sesuai, dengan GAJI yang berpatutan. Program ini merupakan satu usaha dalam pembangunan modal insan serta memulihkan ekonomi dengan memperkasakan golongan belia.
Program Holistik Hotelier (Hospitaliti)
Mula Program : 2022
Tempoh latihan : 3 bulan
Rakan Industri Sah : Ascott Hotel
Kelayakan Perantis : Diploma atau Ijazah, Lepasan SKM, Sekolah Hospitaliti, Kolej & Universiti & profesional bekerja yang berminat untuk berada dalam industri/hotel hospitaliti.
Lokasi latihan: EduCity Iskandar, Johor
Lokasi kerja : Johor
Elaun : RM1,000.00

Program Jurutera / Juruterbang Sistem Dron
Mula Program : 2022
Tempoh latihan : 3 bulan
Rakan Industri Sah : Meraque Services Sdn Bhd
Kelayakan Perantis: SKM/STPM/Diploma/Sijil dalam
Pengurusan Penerbangan/Kejuruteraan/ dengan Persijilan diiktiraf Industri (TVET/IKBN dll) dan/atau latihan berkaitan.
Pengetahuan atau pengalaman dalam Dron Hibrid akan menjadi kelebihan tambahan.
Lokasi latihan: Senai dan EduCity Iskandar, Johor
Lokasi kerja : Johor
Elaun : RM1,000.00
Untuk maklumat lanjut: https://perantisiskandar.my/
Bagi yang berminat, boleh daftarkan diri di:
012780 0980 – Pn. Hawa