Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kolaborasi Pfizer Malaysia telah menganjurkan satu pertandingan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit jarang jumpa dan kesihatan mental dalam kalangan belia di Malaysia yang berumur 18 sehingga 30 tahun. Pertandingan ini percuma dan terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Matrikulasi dan Kolej Komuniti. Peserta hanya perlu merekacipta poster bertemakan “Rare Disease- Rare is Real” ataupun merekod sebuah video pendek bertemakan “Mental Health – Do Not Suffer Alone”.
Pertandingan ini berlangsung dari 1 September sehingga 31 Oktober 2022 dan para peserta berpeluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM20,000. Selain itu, beberapa siri webinar juga turut disediakan sepanjang pertandingan berlangsung bagi meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar mengenai penyakit jarang jumpa dan kesihatan mental. Layari maklumat lanjut di laman web rasmi pertandingan hari ini dan hantar penyertaan anda segera!
- Pertandingan terbuka kepada semua pelajar universiti/politeknik/matrikulasi/komuniti berumur 18 – 30 tahun yang mendaftar di institusi akademik dari semua kampus/fakulti/disiplin di Malaysia.
- Ianya boleh menjadi penyertaan individu atau penyertaan berkumpulan maksimum 4 orang ahli. Kemasukan kumpulan adalah tanpa mengira fakulti/disiplin.
Pertandingan Poster Penyakit Jarang Jumpa
• Hadiah Pertama : RM3,000
• Hadiah Kedua : RM2,000
• Hadiah Ketiga : RM1,000
• Hadiah Saguhati: RM500 x 4
Untuk Maklumat Lanjut KLIK DI SINI