Jom sertai pertandingan mencipta logo & tagline bertemakan Low Carbon City Framework.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Oktober 2022.
Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengorak langkah dengan memperhebatkan lagi Program Bandaraya Rendah Karbon. Pelbagai promosi telah dirancang antaranya dengan menyediakan video pencapaian serta kejayaan Program Bandar Rendah Karbon Shah Alam serta menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Dan Tagline. Logo ini akan menjadi identiti simbolik Low Carbon City Framework (LCCF) yang akan digunapakai dalam semua aktiviti promosi, pameran dan pencetakkan dalam program ini.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Logo Dan Tagline hendaklah digabungkan bersama mengikut kreativiti masing-masing.
Ciptaan tagline tidak melebihi 20 huruf dan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
Untuk maklumat lanjut Pertandingan and boleh mengimbas Kod QR atau klik dipautan di bawah:
https://tinyurl.com/pertandinganrekaciptatagline