Tajuk ni macam bermaksud bekerja semasa cuti sekolah bagi pelajar-pelajar.
Betul ke?
Eh…tidak. Maksud cari duit pagi pelajar ialah wang sampingan atas kerja yang dilakukan secara sampingan semasa cuti. Ada yang memilih membantu ibubapa, mengambil upah dan sebagainya yang bersesuaian dengan umur serta kemampuan.
Cara lain menambah wang simpanan bagi pelajar ialah dengan menyertai pertandingan serta peraduan yang diminati terutama yang menggunakan kemahiran.
Sebagai contoh, kemahiran menulis, melukis, mewarna, mereka, mencipta dan tidak kurang kemahiran pelajar zaman kini, iaitu membangunkan aplikasi. Memang banyak sangat pertandingan dari pelbagai tahap dan kategori samaada di dalam dan luar negara.
Selain dapat mengasah lagi bakat dan keyakinan, pelajar juga dapat mengenalpasti arah tuju karier mereka selepas menyertai dan lebih-lebih lagi jika menang. Bukan sahaja menerima pengiktirafan, malah dapat menambah wang simpanan mereka.
Tidak dapat dinafikan memang ia memerlukan sokongan dari pelbagai pihak termasuk penganjur, ibubapa, guru serta keluarga.