Anda mahir menulis?

Anda tahu selok belok sejarah kemerdekaan?

Anda ada kisah Malaysia yang ingin dikongsikan?

Ayuh serlahkan bakat penulisan anda dalam Pertandingan ‘Malaysia Menulis’ anjuran Perbadanan Kota Buku sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Coretlah apa sahaja buah fikir anda bertemakan Kemerdekaan, Kenegaraan, Semangat Patriotik dan Kisah Malaysia.

Hadiah wang tunai sehingga RM 2,800.00 untuk dimenangi !!!

20 karya penulisan terbaik juga bakal dikompilasikan sebagai e-buku berjudul ‘Malaysia Menulis’ serta disiarkan di portal penulisan dan artikel khas industri perbukuan negara Mukasurat.my.

Hantarkan artikel-artikel dan hasil penulisan anda tidak kira dalam format tulisan blog, pelaporan, esei, pendapat mahupun reviu buku bertulis sekalipun.

E-melkan penyertaan anda ke digital@kotabuku.my selewat-lewatnya pada 10 September 2022.

Kongsikan juga peluang baik ini kepada rakan-rakan bibliophile anda !

#KotaBukuMerdeka

#HKHM2022

#HariKebangsaan

#HariMalaysia

#KotaBuku

#TransformasiPendidikan

Leave a Reply