Categories: Terkini

Pertandingan Reka Cipta Logo ‘Environmental Guardians’

MNS ingin menjemput anda semua untuk menyertai pertandingan Reka Cipta Logo ‘Environmental Guardians’!

Pertandingan ini merupakan salah satu program di bawah projek PROGRAM ALAM SEKITAR DAN PEMULIHARAAN FGV dan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran awam tentang pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar dan memperkasakan inisiatif di peringkat akar umbi dalam menangani isu hidupan liar dan alam sekitar.

TEMA: Environmental Guardians (Fokus kepada 4 haiwan liar Siamang dan Ungka (Gibbon), Gajah Asia, Tenggiling & Beruang Madu)

Pendaftaran dan syarat-syarat pertandingan/format logo: https://forms.gle/C58VWkh9Pvj7t8tc8

Syarat dan Terma Pertandingan:

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua
  2. Pertandingan dibuka dari 11 May 2022 – 27 May 2022
  3. Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu (1) logo.
  4. Peserta mestilah menghantar logo dalam bentuk SOFTCOPY (format Adobe Illustrator (AI) sahaja). Format lain tidak akan diterima oleh urus setia pertandingan. Sila rujuk di dalam pautan Google Form untuk maklumat lanjut tentang format logo.
  5. Setiap peserta wajib bersetuju dengan syarat dan terma pertandingan ini atau penyertaan terbatal dengan serta merta
  6. Semua logo yang dihasilkan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana pihak.
  7. Semua logo yang diterima akan oleh urussetia Pertandingan Reka Bentuk Logo MNS akan menjadi hak milik Persatuan Pencinta Alam sepenuhnya.
  8. MNS berhak sepenuhnya ke atas logo dan tema yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai untuk digunakan, dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana dokumen, acara dan majlis anjuran MNS.

Hadiah:

Tempat Pertama : Wang tunai bernilai RM1000 bersama dengan cenderahati

Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM 500 bersama dengan cenderahati

Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM 300 bersama dengan cenderahati

Tempat Keempat: Wang tunai bernilai RM100 bersama dengan cenderahati

Setiap peserta akan menerima e-sijil penyertaan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada kpa.contests@gmail.com dan hubungi melalui Whatsapp (sahaja) di nombor 011-23277106.

admin

Recent Posts

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA YAPEIM 2026

Uji pengetahuan anda tentang YAPEIM melalui Pertandingan Teka Silang Kata YAPEIM 2026! Sambil berfikir, anda…

1 day ago

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝘿𝙀𝙒𝘼𝙉 𝙎𝙄𝙎𝙒𝘼

Mari berkarya bersama-sama Dewan Siswa DBP! Penyertaan dibuka untuk pelajar yang berumur antara 14 tahun…

2 weeks ago

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

Anda kreatif & minat reka bentuk? Inilah peluang untuk hasilkan logo rasmi Rakan Strategik Pelancongan…

2 weeks ago

Cara Membuat Tempahan di Rembayung

Untuk membuat tempahan di Rembayung, anda perlu menggunakan pautan rasmi reservation.umai.io/en/widget/rembayung, pilih tarikh, masa (lunch/dinner), dan…

2 weeks ago

Pertandingan Foto PAKEJ

Tema Pertandingan Foto PAKEJ JENDELA Kehidupan, PAKEJ Kebahagiaan adalah satu pertandingan fotografi anjuran Suruhanjaya Komunikasi…

2 weeks ago

CNY Calligraphy Competition

This Chinese New Year, let’s come together to celebrate tradition, creativity, and the joy of…

2 weeks ago