MNS ingin menjemput anda semua untuk menyertai pertandingan Reka Cipta Logo ‘Environmental Guardians’!

Pertandingan ini merupakan salah satu program di bawah projek PROGRAM ALAM SEKITAR DAN PEMULIHARAAN FGV dan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran awam tentang pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar dan memperkasakan inisiatif di peringkat akar umbi dalam menangani isu hidupan liar dan alam sekitar.

TEMA: Environmental Guardians (Fokus kepada 4 haiwan liar Siamang dan Ungka (Gibbon), Gajah Asia, Tenggiling & Beruang Madu)

Pendaftaran dan syarat-syarat pertandingan/format logo: https://forms.gle/C58VWkh9Pvj7t8tc8

Syarat dan Terma Pertandingan:

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua
  2. Pertandingan dibuka dari 11 May 2022 – 27 May 2022
  3. Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu (1) logo.
  4. Peserta mestilah menghantar logo dalam bentuk SOFTCOPY (format Adobe Illustrator (AI) sahaja). Format lain tidak akan diterima oleh urus setia pertandingan. Sila rujuk di dalam pautan Google Form untuk maklumat lanjut tentang format logo.
  5. Setiap peserta wajib bersetuju dengan syarat dan terma pertandingan ini atau penyertaan terbatal dengan serta merta
  6. Semua logo yang dihasilkan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana pihak.
  7. Semua logo yang diterima akan oleh urussetia Pertandingan Reka Bentuk Logo MNS akan menjadi hak milik Persatuan Pencinta Alam sepenuhnya.
  8. MNS berhak sepenuhnya ke atas logo dan tema yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai untuk digunakan, dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana dokumen, acara dan majlis anjuran MNS.

Hadiah:

Tempat Pertama : Wang tunai bernilai RM1000 bersama dengan cenderahati

Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM 500 bersama dengan cenderahati

Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM 300 bersama dengan cenderahati

Tempat Keempat: Wang tunai bernilai RM100 bersama dengan cenderahati

Setiap peserta akan menerima e-sijil penyertaan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada kpa.contests@gmail.com dan hubungi melalui Whatsapp (sahaja) di nombor 011-23277106.

Leave a Reply