Categories: Terkini

PROGRAM PROTEGE TNB FASA 7 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak lebih 27 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengikuti PROGRAM PRTOTEGE TNB FASA 7 2022 sepertimana berikut:

1. PROGRAM PROTEGE TNB
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) Ready To Work (RTW) Fasa 7 (Pengambilan Tahun 2022)

Tarikh Tutup Permohonan 15 Januari 2022

  • Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
  • Objektif utama PROTÉGÉ adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3 : Transformasi Modal Insan, PROTÉGÉ melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.
  • Antara instrumen penting di bawah PROTÉGÉ untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROTÉGÉ – Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW)
  • Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12 bulan termasuklah di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia

Struktur Latihan

Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 12 bulan yang terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:

a) Soft-skills Training
b) On-the-Job Training

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang, serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 27 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Faedah Penyertaan

  • Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan Cuti Tahunan
  • Potongan PERKESO & EiS
  • Bayaran balik rawatan perubatan

PERMOHONAN SECARA ONLINE, SILA KLIK DI SINI

admin

Recent Posts

Jom Bawa Anak2 ke World of Words – Kuala Lumpur (WoW-KL)

Dari 17–19 September 2025, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, WoW-KL akan dilancarkan bukan sahaja…

1 month ago

Fun Walk / Run Sepanjang September – November 2025

Dewan Konvensyen Bera  Sabtu | 18 Oktober 2025 sempena bulan kesedaran kanser payudara!   Booth pameran…

1 month ago

Ujian Kelayakan Calon Guru

Hebahan Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru Bagi Calon Lantikan Contract of Service dan Pengambilan Khas…

1 month ago

PERTANDINGAN MEWARNA YAPEIM

Warna-warni kreativiti anak anda bermula di sini! Jom serlahkan bakat seni si cilik melalui Pertandingan…

1 month ago

Peraduan Persembahan Video Kreatif Kami Wira Antirasuah

Terbuka kepada murid SEKOLAH RENDAH di bawah Kementerian Pendidikan! Adakah anda seorang yang kreatif? Ada…

1 month ago

Malaysia Day at JBCC’s Colouring Contest!

Got a little artist at home? Let their creativity shine this Malaysia Day at JBCC’s…

1 month ago