Categories: Terkini

Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia sebagai Personel MySTEP sepertimana berikut:

1. Pembantu Penyelia Gimnasium N29

Tarikh tutup permohonan pada 17 Januari 2022.

1.1 Jawatan/ Gred : Pembantu Penyelia Gimnasium N291.2 Kementerian/Jabatan : Parlimen Malaysia1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana1.4 Taraf Jawatan : Kontrak (Personel MySTEP)1.5 Bilangan Kekosongan : Satu (1)
2. KADAR UPAH : RM1,800.00
3. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.2 Memiliki Diploma Sains Sukan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
3.3 Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam menguruskan gimnasium seperti berikut:
3.3.1 boleh mengoperasi peralatan-peralatan gimnasium; dan
3.3.2 mempunyai pengetahuan dalam peralatan gimnasium.
3.4 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

5. CARA MEMOHON

5.1 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my). atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

5.2 Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

5.3 Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 Januari 2022 (ISNIN)

Catatan Am : Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun borang di bawah :

admin

Recent Posts

Sertai Kuiz EcoNinja Hari Beruang Kutub Antarabangsa 2026

SDG#ONE2026 | ECONINJA | NILAM  Anda sudah bersedia untuk Hari Beruang Kutub Antarabangsa 2026?Uji pengetahuan…

2 weeks ago

Ini Cerita Baru Mengenai Punch & IKEA Orang Utan

Punch, anak monyet di Zoo Bandar Ichikawa di Ichikawa, Jepun (kira-kira 20 batu di timur…

2 weeks ago

Cabaran Cipta Pantun

Cabaran Cipta Pantun kini kembali dengan tema Pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman! Selaras dengan…

2 weeks ago

Pertandingan Sekolah Tersihat AIA 2025/2026

AIA Healthies School menganjurkan Pertandingan Sekolah Tersihat AIA 2025/2026. Pertandingan ini terbuka kepada semua Sekolah…

2 weeks ago

KLAF 2026 Future Culture : Batik Art Competition

KLAF 2026 Future Culture : Batik Art Competition No Entrance Fee required and up to…

2 weeks ago

KELAS BAHASA PERCUMA UNTUK WARGA SELANGOR! 🌍📚

Nak belajar bahasa baru tapi bajet tak mengizinkan? Inilah masanya! Pendaftaran Kelas Asas Bahasa 2026…

2 weeks ago