Categories: Terkini

PROGRAM PROTEGE TNB FASA 7 2022

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak lebih 27 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengikuti PROGRAM PRTOTEGE TNB FASA 7 2022 sepertimana berikut:

1. PROGRAM PROTEGE TNB
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) Ready To Work (RTW) Fasa 7 (Pengambilan Tahun 2022)

Tarikh Tutup Permohonan 15 Januari 2022

  • Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
  • Objektif utama PROTÉGÉ adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3 : Transformasi Modal Insan, PROTÉGÉ melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.
  • Antara instrumen penting di bawah PROTÉGÉ untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROTÉGÉ – Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW)
  • Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12 bulan termasuklah di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia

Struktur Latihan

Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 12 bulan yang terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:

a) Soft-skills Training
b) On-the-Job Training

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang, serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 27 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Faedah Penyertaan

  • Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan Cuti Tahunan
  • Potongan PERKESO & EiS
  • Bayaran balik rawatan perubatan

PERMOHONAN SECARA ONLINE, SILA KLIK DI SINI

admin

Recent Posts

A Breakdown of what Claude Can Help You With

Claude was developed by Anthropic, an AI safety research company founded in 2021 by former…

14 hours ago

MEMAHAMI KEBAIKAN CLAUDE AI

Apa yang Claude Boleh Bantu Saya 1. Kemahiran Bahasa & Penulisan Yang Hebat Mendraf Artikel,…

14 hours ago

Persediaan PKSK: Bagaimana Ibu Bapa Boleh Menjadi ‘Tulang Belakang’ Terbaik Anak?

Musim Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) kembali lagi. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di…

6 days ago

Panduan Poket RM500 Sebulan untuk Mahasiswa Malaysia

The Student Budget Framework: Source: EasyUni Sekadar Bertahan atau Mampu Berdikari? Panduan Poket RM500 Sebulan…

6 days ago

Telefon Pintar Terbaik Bawah RM500 di Malaysia untuk Pelajar (Edisi 2026)

Redmi 15C. Source: Xiaomi Menjadi seorang pelajar di Malaysia bermakna anda perlu bijak menguruskan timbunan…

6 days ago

PERTANDINGAN BOOK CHARACTER SEMPENA HARI BERSAMA PELANGGAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK SIBU

Adik-adik suka watak dalam buku cerita? Inilah masanya untuk menghidupkan imaginasi dan tampil sebagai watak…

1 week ago