Categories: Terkini

Larangan Mempersenda Golongan OKU

Larangan Mempersenda Golongan OKU
==================
1. Tindakan merakam, melakonkan dan memuat-naik video yang seakan mempersenda golongan OKU ini adalah satu kelakuan yang tidak berakhlak. Paparan video tersebut bukan sahaja mengguris golongan OKU malah menggambarkan mentaliti masyarakat yang perlu diperbaiki.

2. Rasulullah ﷺ mendidik para sahabat agar menyantuni kekurangan yang ada pada sahabat yang lain, bukan dijadikan bahan ketawa dari mereka yang menyaksikan video tersebut. Sebahagian sahabat pernah mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas’ud kerana beliau memiliki betis yang kurus. Rasulullah ﷺ menegur perbuatan tersebut dan berkata:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ أُحُدٍ

“Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud.” (HR Ahmad)

3. Rasulullah ﷺ turut mencela mereka yang bergurau hanya semata-mata untuk mendapat gelak ketawa (atau mengutip “like”) dari orang lain tanpa memikirkan gurauan tersebut wajar atau tidak. Rasulullah menegaskan:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَقُولُ الْكَلِمَةَ لَا يَقُولُهَا إِلَّا لِيُضْحِكَ بِهِ النَّاسَ، يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ،

“Seorang hamba mengucapkan perkataan bagi tujuan bergurau (untuk digelak) sedangkan perkataan tersebut boleh membawanya ke neraka yang jarak keduanya antara langit dan bumi.” (Mirqa al-Mafatih)

4. Rasulullah sangat memuliakan golongan OKU. Al-Imam al-Bukhari merekodkan dialog yang berlaku di antara Rasulullah ﷺ dengan ‘Itban ibn Malik, seorang ahli Badr yang telah buta. Oleh kerana sukar untuk ke masjid disebabkan beberapa faktor, Rasulullahﷺ telah menunaikan permintaan ‘Itban untuk solat bersama dengan beliau di rumah beliau. Demi memuliakan beliau, Rasulullahﷺ sanggup ke rumah beliau untuk solat bersama.

5- Menurut Abu Nu’aim al-Asbahani, Rasulullahﷺ pernah memuji dan menyanjung Amru ibn al-Jamuh, seorang yang cacat kakinya. Bagindaﷺ memuji beliau dan menggambarkan keadaan beliau yang sempurna di syurga kelak.

6- Rasulullahﷺ meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Abdullah ibn Ummi Makhtum, seorang yang cacat penglihatan untuk menjaga Madinah ketika para pejuang Muslim pergi berjihad. Rasulullahﷺ juga pernah melantik beliau sebagai juruazan di Madinah.

7. Kecacatan atau kekurangan fizikal tidak pernah merendahkan kedudukan seorang Muslim. Yang menjatuhkan nilai diri mereka adalah disebabkan kerana kurangnya adab dan lemahnya akal dalam menilai kewajaran sesuatu tindakan.

Semoga Allah membimbing kita.

Perkongsian dari Facebook Dr. Ahmad Sanusi Azmi

admin

Recent Posts

Jom Bawa Anak2 ke World of Words – Kuala Lumpur (WoW-KL)

Dari 17–19 September 2025, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, WoW-KL akan dilancarkan bukan sahaja…

1 month ago

Fun Walk / Run Sepanjang September – November 2025

Dewan Konvensyen Bera  Sabtu | 18 Oktober 2025 sempena bulan kesedaran kanser payudara!   Booth pameran…

1 month ago

Ujian Kelayakan Calon Guru

Hebahan Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru Bagi Calon Lantikan Contract of Service dan Pengambilan Khas…

1 month ago

PERTANDINGAN MEWARNA YAPEIM

Warna-warni kreativiti anak anda bermula di sini! Jom serlahkan bakat seni si cilik melalui Pertandingan…

1 month ago

Peraduan Persembahan Video Kreatif Kami Wira Antirasuah

Terbuka kepada murid SEKOLAH RENDAH di bawah Kementerian Pendidikan! Adakah anda seorang yang kreatif? Ada…

1 month ago

Malaysia Day at JBCC’s Colouring Contest!

Got a little artist at home? Let their creativity shine this Malaysia Day at JBCC’s…

1 month ago