Pertandingan Menulis Esei Sejarah Melaka 2021 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021.

 SYARAT PENYERTAAN1. Penyertaan terbuka kepada warga negeri Melaka dan menetap di negeri Melaka sahaja.

2. Borang penyertaan disahkan/ dicop oleh Perpustakaan di bawah PERPUSTAM atau Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang terdekat dengan kediaman peserta atau bergantung kepada keadaan Covid-19 boleh menghubungi urusetia (En. Zaidee – 017-329 6082).

3. Karya hendaklah ditulis dalam BAHASA MELAYU.

4. Panjang setiap karya adalah seperti berikut:

i) Tingkatan 4 – 5 : 2,000 – 4,500 patah perkataan
ii) Tingkatan 6/ Matrikulasi : 3,000 – 6,000 patah perkataan
iii) Institusi Pengajian Guru/ IPTA/S/ Orang Awam : 5,000 – 7,000 patah perkataan

Klik pada pautan di bawah ini untuk mendapatkan syarat-syarat penuh penyertaan:

Cara Menyertai:

1. Muat turun dan isi borang yang disediakan dengan lengkap.

2. Esei yang telah lengkap disiapkan hendaklah dihantar kepada Urus Setia Pertandingan Menulis Esei Sejarah Melaka 2021 berserta borang penyertaan yang telah dicop oleh pihak Perpustakaan di bawah pengurusan PERPUSTAM atau Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke :

Urus Setia Pertandingan Menulis Esei Sejarah Melaka 2021 Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) 242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Disember 2021.

#MalaysiaMembaca#MelakaMembaca#Baca@PERPUSTAM

Leave a Reply