
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak menganjurkan Pertandingan Video Ucapan Si Cilik Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada 05 November 2021.
Si Cilik (Kanak-Kanak) boleh menzahirkan ucapan dari hati mereka sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dalam bentuk rakaman video berdurasi 1 hingga 2 minit dan hantar ke alamat e-mel ppanpk01@gmail.com
Ucapan yang menarik dan berjaya menambat hati Panel Juri akan menerima wang tunai.
Tarikh Tutup penyertaan pada: 22 Oktober 2021 (Jumaat).
Syarat-syarat penyertaan program boleh di dapati di pautan http://shorturl.at/kuUY8
Ayuh! Zahirkan ucapan Si Cilik dan menangi hadiah.
Anjuran : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak