Hi Semua.. ramai yang bertanyakan kepada admin bila keputusan pertandingan yang mereka telah sertai. Kebanyakan keputusan pertandingan tidak diumumkan secara terbuka bila ia akan diumumkan. Namun ada penganjur yang begitu komited dan menetapkan tarikh pengumuman pertandingan.

Banyak sebab pelbagai cara pengumuman ditetapkan oleh penganjur. Antaranya ada yang memerlukan undian, penjurian, pengesahan dan banyak lagi. Ada juga pertandingan yang menghubungi pemenang sahaja, bermaksud ianya tertutup. Ada pernyataan di dalam syarat yang menerangkan contohnya, “sekiranya peserta tidak dihubungi dalam masa 3 bulan maka peserta tidak terpilih ke penjurian terakhir”.

Ha begitulah.. oh ya hari ini banyak pertandingan yang diumumkan khabarnya. Admin tidak pasti pertandingan apa yang anda sertai. Namun anda bolehlah intai-intai laman penganjur (biasanya admin ada kongsikan pautan laman penganjur ya).

Jom kita intai-intai laman penganjur.

Leave a Reply