Categories: Terkini

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2021: TOKOH PERDANA MENTERI MALAYSIA

Bagi meningkatkan kesedaran dan mengenang jasa tokoh Perdana Menteri serta menggalakkan penulisan berkenaan dengan tokoh Perdana Menteri, Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Tokoh Perdana Menteri Malaysia.

OBJEKTIF
 Menggalakkan masyarakat menjalankan kajian penyelidikan dan penulisan berkaitan dengan tokoh Perdana Menteri Malaysia
 Menggalakkan penyelidik menggunakan bahan primer dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penulisan.
 Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dengan mengkaji, menulis dan menghargai sumbangan tokoh Perdana Menteri dalam sejarah negara
 Memperbanyakkan kajian dan penyelidikan yang bermutu berkaitan dengan tokoh Perdana Menteri

PENYERTAAN
Penyertaan dibahagikan kepada 3 kategori
 Kategori A – Menengah Rendah
 Kategori B – Menengah Atas/Tingkatan 6/ Matrikulasi/ Kolej Vokasional
 Kategori C – Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/ Institusi Guru (IPG)/ Kolej/ Orang awam

TEMA
Berkaitan dengan sumbangan SALAH SEORANG Tokoh Perdana Menteri Malaysia yang ada hubungkait dengan mana-mana SATU bidang berikut:-
a. Politik dan Pentadbiran
b. Ekonomi
c. Sosial
d. Antarabangsa

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
30 September 2021

Hadiah wang tunai menanti anda!!!

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun syarat & borang penyertaan –
https://drive.google.com/…/1PuAzRYSzzBLlk4sKgDr…/view…

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di :
 03-26947277 (Arkib Negara Malaysia)
 eseipm2021@arkib.gov.my
t.me/eseipm2021

admin

Recent Posts

Sertai Kuiz EcoNinja Hari Beruang Kutub Antarabangsa 2026

SDG#ONE2026 | ECONINJA | NILAM  Anda sudah bersedia untuk Hari Beruang Kutub Antarabangsa 2026?Uji pengetahuan…

2 weeks ago

Ini Cerita Baru Mengenai Punch & IKEA Orang Utan

Punch, anak monyet di Zoo Bandar Ichikawa di Ichikawa, Jepun (kira-kira 20 batu di timur…

2 weeks ago

Cabaran Cipta Pantun

Cabaran Cipta Pantun kini kembali dengan tema Pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman! Selaras dengan…

2 weeks ago

Pertandingan Sekolah Tersihat AIA 2025/2026

AIA Healthies School menganjurkan Pertandingan Sekolah Tersihat AIA 2025/2026. Pertandingan ini terbuka kepada semua Sekolah…

2 weeks ago

KLAF 2026 Future Culture : Batik Art Competition

KLAF 2026 Future Culture : Batik Art Competition No Entrance Fee required and up to…

2 weeks ago

KELAS BAHASA PERCUMA UNTUK WARGA SELANGOR! 🌍📚

Nak belajar bahasa baru tapi bajet tak mengizinkan? Inilah masanya! Pendaftaran Kelas Asas Bahasa 2026…

2 weeks ago