Bagi meningkatkan kesedaran dan mengenang jasa tokoh Perdana Menteri serta menggalakkan penulisan berkenaan dengan tokoh Perdana Menteri, Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Tokoh Perdana Menteri Malaysia.

๐Ÿ“ŒOBJEKTIF
โ–ช๏ธ Menggalakkan masyarakat menjalankan kajian penyelidikan dan penulisan berkaitan dengan tokoh Perdana Menteri Malaysia
โ–ช๏ธ Menggalakkan penyelidik menggunakan bahan primer dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penulisan.
โ–ช๏ธ Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dengan mengkaji, menulis dan menghargai sumbangan tokoh Perdana Menteri dalam sejarah negara
โ–ช๏ธ Memperbanyakkan kajian dan penyelidikan yang bermutu berkaitan dengan tokoh Perdana Menteri

๐Ÿ“ŒPENYERTAAN
Penyertaan dibahagikan kepada 3 kategori
โ–ช๏ธ Kategori A – Menengah Rendah
โ–ช๏ธ Kategori B – Menengah Atas/Tingkatan 6/ Matrikulasi/ Kolej Vokasional
โ–ช๏ธ Kategori C – Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/ Institusi Guru (IPG)/ Kolej/ Orang awam

๐Ÿ“ŒTEMA
Berkaitan dengan sumbangan SALAH SEORANG Tokoh Perdana Menteri Malaysia yang ada hubungkait dengan mana-mana SATU bidang berikut:-
a. Politik dan Pentadbiran
b. Ekonomi
c. Sosial
d. Antarabangsa

๐Ÿ“ŒTARIKH TUTUP PENYERTAAN
30 September 2021

Hadiah wang tunai menanti anda!!!๐ŸŽ๐ŸŽ

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun syarat & borang penyertaan –
https://drive.google.com/…/1PuAzRYSzzBLlk4sKgDr…/view…

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di :
โ˜Ž๏ธ 03-26947277 (Arkib Negara Malaysia)
โœ‰๏ธ eseipm2021@arkib.gov.my
๐Ÿ“ฒt.me/eseipm2021

Leave a Reply