Terbuka kepada semua peserta berumur 10-24 tahun.
YRE Malaysia memperkenalkan Pertandingan National Young Reporters for the Environment (NYRE) 2021.
Berpeluang memenangi Wang Tunai RM 800 & Lawatan Ekopelancongan di Langkawi!
Tarikh tutup pada 15 Oktober 2021.
Terbuka kepada semua peserta berumur 10-24 tahun.
Pertandingan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk menyuarakan isu-isu alam sekitar dalam komuniti mereka melalui tiga medium yang biasa kita gunakan iaitu Artikel, Foto dan Video.
Peserta boleh menyertai lebih dari satu pertanding akan tetapi penghantaran karya dihadkan kepada satu (1) hasil karya sahaja bagi (1) satu jenis pertandingan.
Hasil karya hendaklah berdasarkan tiga tema utama iaitu Perubahan Iklim, Biodiversiti dan Pencemaran.
Cara untuk menyertai?
Mudah sahaja. Ikuti langkah di bawah:
1. Pilih kategori media yang anda minat sama ada Artikel, Fotografi, Videografi atau ketiga-tiganya.
2. Mula berkarya dan simpan karya akhir dalam format masing-masing; Foto dalam png/jpeg, Video dalam mp4 dan Artikel dalam pdf.
3. Muat naik karya dalam Google Drive dan dapatkan pautan boleh kongsi dokumen anda.
4. Muat turun dan isi borang penyerahan yang boleh didapati di laman web YRE Malaysia mengikut kategori media yang dipilih.
5. Salin dan tampal (copy and paste) pautan boleh kongsi dalam butiran penyerahan borang.
6. Serahkan borang penyerahan yang lengkap melalui Borang E-Penyerahan NYRE 2021 di laman web YRE Malaysia….Mudah bukan?
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web YRE Malaysia (https://www.lensakelestarian.com).
Jom sertai sekarang dan sebarkan kepada komuniti sekeliling anda untuk turut menyertai. Semoga berjaya!
1 Comment