Terbuka kepada pelajar dan orang awam.

Sempena dengan Bulan Kebangsaan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan dengan kerjasama Kelab Kebajikan SEFB menganjurkan Pertandingan Video Pendek Merdeka.

Tema : Malaysia Prihatin

Kategori peserta :

  1. Kategori Terbuka.
  2. Kategori Sekolah Menengah
  3. Kategori Sekolah Rendah.

Hadiah (setiap kategori)

  1. Tempat pertama : RM150.
  2. Tempat Kedua : RM100
  3. Tempat Ketiga : RM50

Sijil penyertaan juga disediakan.

TERMA DAN SYARAT

  1. Video yang dihasilkan mestilah bertemakan MALAYSIA PRIHATIN.
  1. Penyertaan adalah secara individu. 
  1. Setiap peserta layak untuk menghantar hanya satu penyertaan. 
  1. Durasi video yang dihasilkan mestilah tidak melebihi 3 minit.
  1. Video mestilah menggunakan Bahasa Malaysia.
  1. Genre video adalah terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari.  
  1. Penghantaran video hendaklah dalam format MP4.
  1. Video mestilah karya asli yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan video atau diterbitkan. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dihantar adalah tidak asli.
  1. Penyertaan adalah percuma dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos atau tuntutan yang terlibat dalam penyediaan video. 
  1. Penyertaan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 15 September 2021 dengan memberi pautan (link) video pendek pada borang penghantaran di https://forms.gle/1W2PABLaEnfaRQpS7
  1. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  1. Pemenang akan dihubungi melalui telefon atau e-mail.

Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan juga boleh didapati dengan mengimbas QR Code yang terdapat pada poster.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut peserta boleh ke halaman penganjur :

Leave a Reply