Terbuka kepada murid 6 tahun.

Little Ones Eduworld dan DBP menganjur Pertandingan  video bercerita bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK). Pertandingan bercerita ini unik kerana dilangsungkan 100% secara dalam talian dan digital. Peserta hanya perlu rakam sesi penceritaan dan muat-naik di laman ini. Mengoptimumkan penggunaan teknologi sebagai pemudah cara ketika musim virus COVID19 ini.

Objektif Pertandingan

  1. Mencungkil bakat dan kreativiti anak-anak prasekolah bercerita secara bersahaja dan meyakinkan.
  2. Menggalakkan anak-anak prasekolah membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
  3. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan anak-anak prasekolah.
  4. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
  5. Menyemai minat dan amalan membaca pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
  6. Mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai pelantar memperkembangkan dan mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa unggul.

Kelayakan Umur : Terbuka Murid Prasekolah 6 Tahun , warganegara Malaysia.

Penyertaan dibuka sehingga tarikh 15 Oktober 2021.

Pengadilan bermula 15 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.

Hadiah terkumpul adalah bernilai RM1300 iaitu :

  1. Tempat pertama : RM500
  2. Tempat kedua : RM300
  3. Tempat Ketiga : RM200
  4. Saguhati : RM100 x 3 pemenang

CARA PENYERTAAN

01 : Pilih tajuk atau judul cerita

Sumber bahan cerita daripada buku kanak-kanak, majalah atau hasil karya sendiri.

02 : Rakamkan sesi bercerita

Panjang cerita diberi tempoh masa 4 minit hingga 5 minit. Masukkan unsur kreativiti pemakaian.

03 : Muat-naik dan hantar penyertaan

Daftar atas talian dan muat-naik video yang telah dirakamkan mengikut format yang ditetapkan.

Anda perlu mendaftar untuk menyertai di halaman penganjur di :

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera di poster.

Leave a Reply