TEMA

β€œAccelerating Urban Action for a Carbon-Free World”

Pertandingan anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) .

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan penempatan manusia dan hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.

Ianya akan dijalankan dari 1 September 2021 hingga 1 Oktober 2021.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI urus setia dan juri pertandingan.

  1. Karya penyertaan Photojournalism hendaklah dihantar dalam SATU POSTER yang mengandungi sekurang-kurangnya 4 gambar (photo) dengan penceritaan (journalism) tidak kurang dari 150 patah perkataan
  2. Semua karya penyertaan juga hendaklah disimpan dalam format PDF dengan resolusi sekurang-kurangnya 300dpi atau format Cetakan Berkualiti Tinggi (High Resolution Format);
  3. Semua penyertaan perlu dibuat mengikut format dan garis panduan
    seperti berikut:
    i. Penceritaan mestilah dalam Bahasa Inggeris;
    ii. Semua gambar mesti disertakan dengan kenyataan gambar;
    iii. Lokasi tempat bagi setiap gambar perlu dinyatakan dalam kenyataan
    gambar;
    iv. Penyertaan boleh disediakan dalam orientasi potret atau landskap;
    dan
    v. Gambar-gambar boleh dihasilkan dalam bentuk berwarna atau
    hitam dan putih.

Maklumat lanjut berhubung pertandingan ini boleh didapati dengan mengimbas QR Code yang disediakan.

Setiap penyertaan harus dihantar sebelum atau pada 1 Oktober 2021 (Jumaat).

Kesemua gambar dan penulisan/ penceritaan yang diserahkan mestilah ASLI dan dihasilkan sendiri oleh peserta.

Sijil digital akan disediakan untuk semua peserta.

Anda perlu ke laman penganjur untuk pertanyaan dan maklumat lanjut :

PERTANYAAN


Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan boleh menghubungi:
i. Encik Thailis Bounya anak Ngelayang
Tel. : 03-8891 3508
E-mel : thailis@kpkt.gov.my
ii. Encik Nasrul Rahman bin Ghazali
Tel. : 03 – 8891 3509


E-mel : nasrul@kpkt.gov.my
Waktu berurusan / urus setia pertandingan:
Isnin – Jumaat : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Sabtu dan Ahad : Tutup

Leave a Reply