
MTIB atau Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia menganjurkan pertandingan mewarna sempena World Bamboo Day Malaysia 2021. Ia menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada semua pemenang. Selain itu, semua peserta juga akan menerima sijil penyertaan.
Pertandingan ini di anjurkan terbuka untuk kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun dan terbahagi kepada 2 kategori :
- Kategori Tahap 1 : 7-9 tahun.
- Kategori Tahap 2 : 10-12 tahun
Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 September 2021
HADIAH
Pertama : Wang Tunai RM200 beserta sijil
Kedua : Wang Tunai RM150 beserta sijil
Ketiga : Wang Tunai RM100 beserta sijil
Khas Juri : Wang Tunai RM50 beserta sijil
Semua peserta : Sijil Penyertaan
Cara Penyertaan [anda juga boleh rujuk di halaman penganjur / poster untuk lebih jelas]
- Pertandingan ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada kanak-kanak berumur
dari 7 hingga 12 tahun. - Borang Pendaftaran adalah secara dalam talian (imbas QR Code).
- Sijil Penyertaan akan diberi secara digital oleh pihak penganjur.
- Peserta diminta mewarna lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur.
- Lukisan ini boleh diperolehi dengan muat turun lakaran (lukisan) di pautan yang disediakan.
- Peserta hendaklah memuat turun lukisan tersebut bersaiz A4 dan peserta
hanya dibenarkan menggunakan pensel warna sahaja. - Ahli keluarga / penjaga / guru-guru tidak dibenarkan membantu peserta.
- Penyertaan akan dianggap BATAL sekiranya didapati berbuat demikian.
- Para peserta dikehendaki merakam video proses kerja sedang mewarna yang berdurasi 5-10 saat dan kongsikan video tersebut bersama dengan hasil lukisan yang telah diwarnakan.
- Muat naik hasil karya dan video proses kerja di Facebook personal peserta/penjaga dan tag Facebook page World Bamboo Day Malaysia dengan meletakkan tanda pagar (hashtag) #WorldBambooDayMalaysia2021, #Bamboo, #Green dan #MTIB. (pastikan hantaran tersebut berstatus public).
- Hanya lakaran (lukisan) yang disediakan oleh pihak penganjur yang akan dinilai.
- Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.
- Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan/rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Nama pemenang akan dimaklumkan di dalam Facebook page World Bamboo Day Malaysia. Pemenang juga akan dihubungi oleh pihak penganjur.
- Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 September 2021.
- Pihak penganjur pertandingan BERHAK menggunakan lukisan yang dihantar dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media sosial dan media elektronik.


KRITERIA PEMILIHAN
- Lukisan diwarnakan sepenuhnya (siap dan lengkap);
- Peserta boleh menambah pelbagai idea dalam lukisan mengikut kesesuaian dan kreativiti
berdasarkan lukisan yang telah disediakan oleh pihak penganjur; - Warna hendaklah terang dan bersih; dan
- Pemenang akan dinilai berdasarkan kreativiti lukisan serta penilaian dan undian dari juri/hakim
- serta mempunyai βLikeβ yang terbanyak di Facebook page World Bamboo Day Malaysia
Sebarang Pertanyan dan Maklumat lanjut, hubungi :
Whatsapp : 019-3356649 – Unit Komunikasi Korporat MTIB atau
emelkan kepada coloring.wbd2021@gmail.com
Untuk maklumat syarat/cara dan muat turun lukisan mengikut kategori sila klik butang di bawah :