Genius Kurnia memperkenalkan satu kursus percuma dalam talian.

Sekurang-kurangnya anda mempunyai SPM* / guru / ahli terapi / ibubapa / berkaitan.

Kursus iKurnia Online: Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas merupakan kursus dalam talian baharu yang menerangkan dengan terperinci mengenai panduan strategi intervensi bagi kanak-kanak bekeperluan khas.

Ia boleh diikuti secara dalam talian dibangunkan khusus kepada guru-guru dan ahli terapi serta ibu bapa dalam menjalankan intervensi kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas menawarkan maklumat bagi komuniti khususnya guru-guru yang mendidik kanak-kanak berkeperluan khas.

Kursus ini menerangkan aspek penting yang perlu dititikberatkan ketika mendidik atau menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

PERCUMA DAN MASA FLEKSIBEL

Panduan strategi intervensi awal yang dijalankan di GENIUS Kurnia di OpenLearning Platform.

▪️ Percuma dan Fleksibel (24jam)

▪️ E-Sijil

▪️ Terima mata jam kredit untuk SPLKPM dan MyCPD (tertakluk pada terma dan syarat).

Apa yang peserta akan dapat?

Hasil Kursus :

  • Peserta dapat menyatakan pengalaman yang dihadapi oleh para ibu bapa dan guru yang mendidik anak berkeperluan khas
  • Peserta dapat menyenaraikan langkah-langkah penaksiran yang dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
  • Peserta dapat menerangkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan dan situasi kanak-kanak
  • Peserta dapat menjelaskan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas

MODUL yang ditawarkan :

Modul dalam kursus ini merangkumi:

Modul 1: Perkongsian Pengalaman 

Modul 2: Pentaksiran

Modul 3: Strategi Pengajaran

Modul 4: Aktiviti Pembelajaran

Terkini lebih 1600 peserta menyertai, mungkin anda ingin cuba menyertai.

Sila rujuk kepada borang pendaftaran untuk maklumat yang diperlukan untuk menyertai kursus percuma ini. Klik pada pautan di bawah :

Leave a Reply