Tema : Bertindak Segera Harapan Terbina

Pertandingan Video Pendek


Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021

Tarikh tutup : 30 September 2021.


Jom sertai satu pertandingan video pendek sebagai tanda sokongan terhadap
kempen sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021 dengan tema
“Bertindak Segera Harapan Terbina” bersama ‘content’ mesej positif yang
bersesuaian.


Terma & Syarat Penyertaan:

  1. Video hendaklah berdurasi tidak melebihi 2 minit
  2. Muat naik video Instagram/ TikTok masing-masing dengan hashtag

#VideoWSPD2021MY, #BertindakSegeraHarapanTerbina dan #LetsTalkMindaSihat

  1. Peserta perlulah menetapkan akaun kepada public sepanjang tempoh
    peraduan
  2. Video mestilah TIDAK mempunyai unsur-unsur kaedah bunuh diri, TIDAK
    menggunakan perkataan yang mengambarkan bunuh diri serta menggunakan
    imej yang ganas dan menunjukan aksi atau perbuatan membunuh diri
  3. Peserta boleh merujuk kepada Garis Panduan Pelaporan Media yang
    Selamat Tentang Bunuh Diri KKM

(https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/
554/56)

  1. Ciptaan video mestilah BAHARU dan ASLI serta tidak mengandungi unsur
    yang boleh dianggap sensatif dan boleh menyinggung mana-mana agama
    budaya dan kepercayaan mana-mana kaum
  2. Penyertaan akan TERBATAL sekiranya didapati hasil karya yang
    dikemukakan TIDAK ASLI/ DICIPLAK daripada mana-mana karya tempatan
    dan luar negara
  3. Semua penyertaan yang diterima oleh urus setia pertandingan video pendek
    berhak ke atas video yang terpilih, sama ada MEMINDA, MENGUBAHSUAI
    atau MENAMBAHBAIK bagi tujuan menggunakannya sebagai video rasmi
    KKM

9. KKM berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan video yang
memenangi dalam pertandingan ini dalam apa-apa jua bentuk media atau
medium tanpa notis atau kebenaran serta bayaran kepada peserta

  1. Peserta boleh merujuk lembaran Fakta (Fact Sheet) berkaitan Tema Hari
    Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021 dan fakta berkaitan untuk panduan
    pertandingan seperti yang telah disertakan

  1. Tempoh pertandingan: 1 September 2021 – 30 September 2021
    Hadiah:
    Pertama: RM2500
    Kedua: RM1500
    Ketiga : RM1000
    5 Hadiah saguhati : RM 200 setiap pemenang

Namun peserta haruslah membaca kesemua lanjutan (fact sheet / guidelines / syarat) daripada ruang dan laman KKM. Klik pautan di bawah :

Leave a Reply