Categories: Terkini

Pertandingan Penulisan Esei bersempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

 Pertandingan Penulisan Esei bersempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia anjuran Bahagian Latihan JBPM.

Pertandingan ini bertujuan bagi meluaskan pengetahuan, penggunaan dan penguasaan Bahasa Kebangsaan dalam penulisan kreatif selain memantapkan kemahiran menulis dan memupuk semangat pembudayaan Bahasa Kebangsaan yang mapan dalam diri setiap rakyat Malaysia

Tajuk bagi Pertandingan Penulisan Esei bagi tahun 2021 ini adalah INOVASI KEBOMBAAN NORMA BAHARU.

Syarat-Syarat Pertandingan
4.1. Terbuka kepada semua warga Malaysia.
4.2. Setiap wakil wajib menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
4.3. Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
4.4. Esei yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, belum pernah
disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan bukannya ditiru/diciplak.
Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.
4.5. Esei hendaklah ditaipkan di atas kertas A4 dalam jarak langkau 1.5,
menggunakan huruf Arial bersaiz 12 dan dicetak pada sebelah muka
setiap helaian kertas.
4.6. Esei yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 1,500 – 2,000 patah
perkataan.
Peserta perlu menghantar satu (1) salinan softcopy dalam format ‘pdf’
kepada pihak urusetia

Esei dan borang penyertaan perlu dihantar kepada pihak urusetia seperti alamat emel yang berikut:
Emel : kikbombahq@gmail.com

Semua penyertaan mesti diterima oleh pihak urusetia selewat-lewatnya
pada 30 September 2021.

Hadiah Pertandingan
Pemenang-pemenang bagi setiap kategori akan menerima pengiktirafan
seperti berikut:
Johan : Wang Tunai RM 1,000.00 + Sijil Penghargaan
Kedua : Wang Tunai RM 750.00 + Sijil Penghargaan
Ketiga : Wang Tunai RM 500.00 + Sijil Penghargaan

Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR seperti yang tertera pada poster yang telah disediakan.

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 weeks ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 weeks ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

3 weeks ago

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MENCIPTA KOMIK DIGITAL

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…

1 month ago

PERADUAN PRODUK ZUS

TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…

1 month ago