Categories: Terkini

Dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tanpa mengira aliran sekolah selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

KENYATAAN MEDIA : YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

TIADA PERUBAHAN DASAR PENGAMBILAN PELAJAR KE MRSM

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengumumkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dikekalkan dan cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan digunapakai.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan diguna pakai selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama pegawai dan kepimpinan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Terkini, beliau memberitahu “Kita bersetuju untuk kembali kepada dasar asal maksudnya pelajar-pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Agama ataupun Sekolah Menengah Agama, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil juga boleh memohon,” kata Mahdzir.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021.

Untuk memohon, pemohon perlulah ke laman pendaftaran dan permohonan di :

Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sila klik pautan >> https://anyflip.com/vfdpd/wxnf/

Sumber : Laman Facebook Kementerian Luar Bandar dan Majlis Amanah Rakyat

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

7 days ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

7 days ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

7 days ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago