Categories: Terkini

Pertandingan Pantun DRB-HICOM Bersama Harian Metro

Penganjuran edisi kedua ini adalah usaha sama strategik antara akhbar Harian Metro dan konglomerat automotif terkemuka, DRB-HICOM dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai keseluruhan RM48,850.

​Penyertaan terbuka khusus kepada semua pelajar sekolah menengah harian warganegara Malaysia bermula Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Bagaimanapun, sekolah berasrama penuh tidak layak mengambil bahagian.

​Tugasan pantun bertulis itu perlu dimuat naik berserta pautan video persembahan pantun interaktif berdurasi tidak melebihi tiga minit menerusi pautan Google Form rasmi.

Proses saringan awal akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi memilih 10 pasukan terbaik dari setiap negeri di Zon Selatan.

Daripada 12 pasukan tersebut, enam pasukan terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir pada pertengahan September 2026.

​Pertandingan bakal mencapai kemuncaknya apabila tiga pasukan juara negeri bertarung di pentas akhir menerusi format Pantun Lakon pada 29 September 2026 di Johor Bahru, di bawah penilaian juri bertauliah DBP.

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada murid sekolah menengah harian, warganegara Malaysia (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, kecuali MRSM dan sekolah berasrama penuh.
  2. Setiap kumpulan yang terdiri daripada empat (4) pelajar (3 pemantun dan 1 simpanan) akan bekerjasama untuk menulis dan mempersembahkan Pantun bertemakan Peribahasa mereka.
  3. Setiap kumpulan digalakkan mempunyai ahli daripada pelbagai latar belakang kaum (Melayu, Cina, India, dan lain-lain).
  4. Penyertaan awal mesti dihantar selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2026, 11:59 malam.
  5. Bagi setiap zon, hanya empat (4) kumpulan terbaik akan ke Peringkat Suku Akhir, dua (2) kumpulan ke Peringkat Separuh Akhir dan satu (1) kumpulan ke Peringkat Akhir.
  6. Pemakluman untuk empat (4) kumpulan terbaik setiap negeri akan diberitahu selewat-lewatnya pada 4 September 2026 melalui telefon dan e-mel. Sebarang keputusan adalah muktamad.

UNTUK PENYERTAAN LAYARI : BORANG PENYERTAAN

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 🎨✨ (National Data Storytelling Video &…

6 days ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

6 days ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

6 days ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago