PERTANDINGAN MEREKA BENTUK POSTER DIGITAL CANVA TVPSS Pertandingan Peringkat JPWPP

OBJEKTIF PERTANDINGAN:

  • Mencungkil bakat murid dalam bidang reka bentuk digital dan komunikasi visual.
  • Meningkatkan kemahiran penggunaan aplikasi Canva sebagai alat pembelajaran abad ke-21.
  • Menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam menyampaikan maklumat secara visual dan menarik.
  • Memupuk kefahaman murid terhadap peranan TVPSS sebagai medium penyampaian maklumat sekolah.

SYARAT PENYERTAAN:

  • Murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 sahaja.
  • Setiap murid perlu menghantar 1 penyertaan sahaja. 
  • Wajib guna Canva dan Saiz A3 (Potret). Penggunaan templat sedia ada (Ready-made templates) adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Tiga Poster yang terbaik akan dipilih mewakili sekolah ke Pertandingan Peringkat JPWPP pada 13 Februari 2026.
  • Format Penghantaran: Hasil karya mestilah disediakan dalam format PDF atau PNG. Selain fail tersebut, peserta wajib menyertakan Pautan (Link) Suntingan Canva bagi membolehkan pihak sekolah melakukan pengesahan terhadap keaslian karya yang dihasilkan.
  • Tarikh akhir bagi penghantaran karya adalah pada 9 Februari 2026, jam 11:59 malam.

 TEMA POSTER:

 “TVPSS: Nadi Informasi, Pencetus Inspirasi Digital”

 SYARAT “CHALLENGE”:

 PESERTA: Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6) sahaja.

 NO TEMPLATES: Penggunaan Ready-made templates adalah TIDAK DIBENARKAN. Kita nak hasil asli!

 SAIZ: A3 Potret (29.7 cm x 42.0 cm).

 BAHASA: Boleh guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

 FORMAT: Hantar dalam PDF/PNG BESERTA Pautan (Link) Suntingan Canva untuk pengesahan keaslian.

 TARIKH AKHIR PENYERTAAN:
9 Februari 2026 (Jam 11:59 Malam)

Jangan tunggu lagi! Jom asah bakat anak-anak dan tunjukkan kreativiti mereka. Siapa tahu, poster anak tuan/puan yang bakal jadi juara nanti? 

Hantar penyertaan anda di sini:

https://forms.gle/oaDuaE8j6wK8DMPh6

 Lampiran (Syarat Pertandingan):

https://drive.google.com/…/1n5fURUS5Zs5Gk4…/view…

Leave a Reply