
Bersempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2026, pihak IKRAM dengan berbesar hati menjemput seluruh lapisan masyarakat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Kreatif yang membawa tema utama “Lelaki Teguh, Keluarga Kukuh” serta slogan “Keluarga Harmoni, Negara Sejahtera”.
Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat kreatif dan menggalakkan wacana bermakna mengenai institusi kekeluargaan melalui penulisan dan ilustrasi asli.
Tempoh Pertandingan: 12 November hingga 30 November 2026
Kategori Penyertaan:
- Kategori 1: Kreatif Junior (15 Tahun ke Bawah)
- Bentuk Penyertaan: Komik, ilustrasi bercerita, poster naratif, atau cerita bergambar (lukisan tangan atau aplikasi digital dibenarkan).
- Syarat Karya: Kandungan mestilah kreatif, asli, dan membawa mesej berkaitan tema SBKK.
- Kategori 2: Penulisan Umum (Terbuka – 16 Tahun ke Atas)
- Bentuk Penyertaan: Artikel umum, esei kreatif, atau penulisan reflektif.
- Panjang Penulisan: Dicadangkan antara 500 hingga 1,000 patah perkataan.
- Syarat Karya: Penulisan mestilah asli dan tidak pernah diterbitkan sebelum ini.
Skop & Tema Penulisan:
- Keluarga sebagai asas pembinaan negara.
- Peranan ibu bapa mendidik generasi cinta negara.
- Aspirasi keluarga Malaysia untuk masa hadapan.
Hadiah Pertandingan (Bagi Setiap Kategori):
- Johan: RM100
- Naib Johan: RM70
- Tempat Ketiga: RM50
- Saguhati: RM30
Cara Pendaftaran: Sila imbas kod QR yang tertera pada poster rasmi untuk mendaftar dan menghantar penyertaan sebelum 30 November 2026. Keputusan pemenang akan diumumkan secara rasmi melalui poster dan e-mel.
#SBKK2026 #IKRAM #BulanKeluargaKebangsaan #LelakiHeroKeluarga #KeluargaHarmoniNegaraSejahtera #PertandinganPenulisanKreatif