
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan berbesar hati menjemput para inovator, penyelidik, pendidik, dan pelajar untuk menyertai International Creativity & Innovative Technology Competition (CITEC) 2027. Bertemakan “Explore Ideas, Create the Future”, platform berprestij ini menghimpunkan minda kreatif bagi mengetengahkan penemuan teknologi serta penyelesaian inovatif.
Susulan sambutan yang amat menggalakkan, tarikh tutup pendaftaran telah dilanjutkan secara rasmi sehingga 31 Disember 2026 (Khamis).
Butiran Acara:
- Tarikh Pertandingan: 6 – 7 April 2027 (Selasa – Rabu)
- Tempat: ADTEC JTM Kampus Pedas, Negeri Sembilan, Malaysia
Kategori & Yuran Pertandingan:
- SILIKON (Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah / Kolej Vokasional): RM100.00 (Tempatan) | USD 100.00 (Antarabangsa)
- TITANIUM (Pelajar dari ILKA/ILKS dan IPTA/IPTS): RM300.00 (Tempatan) / RM250.00 (ADTEC JTM) | USD 150.00 (Antarabangsa)
- GERMANIUM (Terbuka kepada semua, tanpa had umur): RM400.00 (Tempatan) / RM250.00 (ADTEC JTM) | USD 200.00 (Antarabangsa)
Bidang Pertandingan:
- Sains Hayat & Penjagaan Kesihatan (Life Sciences & Healthcare)
- Sumber Mampan & Alam Sekitar (Sustainable Resources & Environment)
- Pembuatan Termaju & Kejuruteraan (Advanced Manufacturing & Engineering)
- Pengangkutan & Infrastruktur (Transportation & Infrastructure)
- Teknologi Digital & Komunikasi (Digital Technology & Communication)
- Inovasi Pengguna & Sosial (Consumer & Social Innovation)
Cara Pendaftaran: Hantar penyertaan anda secara dalam talian melalui https://challenge.jtm.gov.my sebelum 31 Disember 2026.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak urus setia:
- Talian Am: +606-685 3854
- E-mel: citec2027@jtm.gov.my
- Jawatankuasa Pertandingan: En. Mohd. Edzrin (+6016-350 5280) | Ts. Mohamad Fairuz (+6016-331 4708) | Pn. Nor Azizah (+6017-560 6053) | En. Insanani (+6019-262 5604)
- Urus Setia CITEC 2027: Cik Siti Norhidayah (+6013-726 8679) | En. Muhammad Shawwal (+6012-509 0352) | Ts. Muhammad Syafiq (+6013-631 5143)
#CITEC2027 #JTM #KESUMA #ADTECJTM #PertandinganInovasi #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI