
Pertandingan menghasilkan kad ucapan digital Selamat Hari Bapa menggunakan platform Canva.
Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki menghasilkan kad ucapan digital Selamat Hari Bapa yang
kreatif dan inovatif untuk menyampaikan penghargaan kepada para bapa.
Kad ucapan hendaklah menggambarkan keistimewaan dan pengorbanan bapa dengan sentuhan tersendiri yang unik.

Info lanjut: https://sites.google.com/view/jazropajsk/2026/ jun-2026
Syarat & Peraturan
✅ Kad ucapan mestilah bertemakan “SELAMAT HARI BAPA”
✅ Kad ucapan wajib dihasilkan menggunakan platform Canva sahaja
✅ Format penghantaran yang dibenarkan ialah JPEG, JPG atau PNG
✅ Penghantaran dalam bentuk video adalah tidak dibenarkan
✅ Boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
✅ Karya mestilah asli dan hasil ciptaan peserta sendiri
✅ Tidak mengandungi unsur keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi kaum, budaya atau kandungan yang tidak sesuai
✅ Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti, inovasi reka bentuk dan impak positif yang disampaikan
✅ Hanya penyertaan yang memenuhi syarat dan garis panduan pertandingan akan menerima sijil penyertaan
Maklumat
🔗 Pendaftaran:
https://forms.gle/1abWg7dMGotvZLCr7
🔗 Penghantaran Projek:
https://forms.gle/a3zEXk4w5vryxPos6