
Dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Kreatif Teras Akidah 2026 kini dibuka untuk penyertaan kepada orang ramai. Pertandingan ini mengangkat tema โKenal Allah atau Sekadar Tahuโ sebagai usaha memperkukuh kefahaman akidah melalui medium kreatif.
Tarikh pertandingan adalah bermula 15 April hingga 15 Mei 2026, dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bernilai RM19,600 menanti para pemenang.
Pelbagai kategori penyertaan disediakan iaitu:
-Drama pendek
-Animasi
-Dokumentari
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk:

Johan: RM3,000 (2 pemenang)

Naib Johan: RM2,000 (2 pemenang)

Tempat Ketiga: RM1,000 (2 pemenang)

Tempat Ke-4: RM700 (2 pemenang)

Tempat Ke-5: RM600 (2 pemenang)

Saguhati: RM500 (10 pemenang)
Setiap pemenang turut akan menerima sijil penyertaan.
Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini bagi menzahirkan kreativiti di samping menyampaikan mesej dakwah yang berkesan.
Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR yang disediakan atau https://sites.google.com/jais.gov.my/videokreatifterasakidah/utama atau pun
hubungi talian 03-55143797ย (Puan Hasmah / Puan Intan).
Penyertaan adalah percuma.
Jom sertai dan sebarkan mesej dakwah secara kreatif!