Adakah anda seorang pereka grafik, pelajar kreatif atau individu berbakat yang ingin mencabar kreativiti? Inilah peluang anda untuk menyumbang idea dan rekaan terbaik bagi mewakili Hari Kayu Sedunia 2026.

MTIB menjemput rakyat Malaysia yang berbakat dan kreatif untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Hari Kayu Sedunia 2026. Logo terpilih akan menjadi identiti rasmi sambutan dan simbol komitmen terhadap kelestarian industri kayu.

 Hadiah Menarik Menanti Pemenang:

 Tempat Pertama – RM500

 Tempat Kedua – RM300

 Tempat Ketiga – RM100

 Penyertaan adalah percuma dan dibuka kepada rakyat Malaysia

 Penyertaan hendaklah dihantar secara dalam talian (online) melalui imbasan kod QR

📄

 Sila rujuk terma dan syarat untuk maklumat lanjut

Link penyertaan: https://forms.gle/ngTYMAaF2nc3wQi26

 Tarikh Tutup Penyertaan: 13 Mac 2026 (Jumaat)

Ayuh serlahkan kreativiti anda dan jadilah sebahagian daripada sambutan Hari Kayu Sedunia 2026. Idea anda mampu memberi impak dan meninggalkan legasi!

Leave a Reply