
Sempena sambutan Hari Kebangsaan,
Urusetia Penerangan Darul Iman Daerah Hulu Terengganu menganjurkan Pertandingan Fotografi & Videografi Peringkat Negeri Terengganu!
Tarikh Tutup Penyertaan: 10 September 2025
Tema: Hulu Terengganu Di Hatiku
Setiap karya mestilah membawa maksud ‘Kemerdekaan’ dengan fokus kepada:
1. Pelancongan, sejarah & landskap di sekitar Hulu Terengganu
2. Aktiviti masyarakat berkaitan kemerdekaan
3. Peristiwa atau momen bersejarah yang unik di daerah ini



Kategori Dipertandingkan:
Fotografi Profesional
Fotografi Awam
Fotografi Pelajar Sekolah
Videografi Pelajar Sekolah
Hadiah lumayan menanti pemenang!


Jom tonjolkan bakat anda! Rakamkan kisah, warisan dan semangat kemerdekaan dari lensa anda sendiri!
Sebarang pertanyaan, hubungi kami di ruangan mesej.