Categories: Terkini

PERTANDINGAN IDEAVAULT | Festival IDEA Putrajaya 2025

Anjuran: Kementerian Pendidikan Tinggi
Dengan kerjasama: Universiti Putra Malaysia (UPM) & Putra Science Park
Tema: Kesihatan & Kesedaran Awal

 Penyakit tidak mengenal masa dan tempat. Namun, kesedaran dan tindakan awal mampu menyelamatkan nyawa!
Jom kongsikan idea-idea kreatif dan inovatif anda untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih peka, aktif dan sedar akan kepentingan kesihatan.

 Idea kecil anda mungkin solusi besar untuk masa depan,

 Sertai Pertandingan IdeaVault dan jadilah sebahagian daripada usaha membentuk masa depan yang lebih sihat dan sejahtera.

 Hadiah menarik menanti para pemenang!

Pertandingan IdeaVault membuka peluang kepada peserta yang mengambil bahagian untuk mencurahkan idea bernas serta memenangi rangkaian hadiah menarik yang disediakan penganjur. Idea yang terpilih juga berpotensi dibangunkan ke peringkat seterusnya sehingga boleh direalisasikan. Penyertaan bagi program IdeaVault ini dikategorikan kepada lima (5) kumpulan sasaran, dan melibatkan empat (4) bidang tumpuan utama.

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia Sahaja.

2. Penyertaan bagi pertandingan ini dibahagikan mengikut 5 kumpulan sasaran iaitu:

i. Profesional & Intelektual
ii. Pelajar IPT, Politeknik dan Kolej
iii. Pelajar Sekolah Menengah
iv. Pelajar Sekolah Rendah
v. Orang Awam

3. Penyertaan adalah secara INDIVIDU dan setiap peserta perlu melayari sistem IdeaVault secara dalam talian untuk menyertai pertandingan ini.

4. Peserta perlu melengkapkan semua butiran yang diperlukan oleh sistem IdeaVault tersebut.

5. Setiap penyertaan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM3.00 sahaja bermula pada 2 Januari 2025 dan peserta perlu melampirkan resit bayaran di dalam sistem tersebut mengikut arahan yang diberikan.

6. Idea yang disumbangkan perlu asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber, serta bukan diambil daripada idea sedia ada yang telah dilindungi sebagai harta intelek (paten, hakcipta dan seumpamanya), dikomersil, atau diterbitkan.

7. Hanya penyertaan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja diterima dan akan dinilai.

8. Setiap peserta dilarang menyentuh isu sensitif berkaitan kebudayaan, agama, individu atau organisasi.

9. Pertandingan ini ditutup pada 30 April 2025. Pihak urusetia berhak untuk menolak sebarang penyertaan yang dibuat selepas tarikh ditutup.

10. Penyertaan bagi idea yang telah disumbangkan oleh setiap peserta akan dinilai oleh juri yang dilantik khas dan keputusan juri adalah muktamad.

11. 100 idea yang terpilih akan ditawarkan menyertai sesi ‘pitching’ yang dijadualkan berlangsung pada bulan November 2025 iaitu pada hari kemuncak Festival Idea Putrajaya tahun 2025.

12. Seramai 15 orang pemenang akan diumumkan pada hari kemuncak Festival Idea Putrajaya iaitu tiga pemenang bagi setiap satu daripada lima kumpulan sasaran yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut and penyertaan, sila ke LAMAN PENGANJUR

admin

Recent Posts

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

6 days ago

URIIS Student Biz Innovation Challenge 2026

Tukarkan Idea Anda Menjadi Impak Sebenar! Hadiah Wang Tunai sehingga RM20,000.00 !! Kepada semua mahasiswa…

1 week ago

SKK (Skim Khairat Kematian)

Skim Khairat Kematian (SKK) ialah program bantuan kewangan bagi tujuan pengurusan kematian di Malaysia—yang disediakan…

1 week ago

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐏𝐀𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 (𝐍𝐒𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tema: "Taman Angkasa: Penanaman Makanan di Angkasa" "Space Garden: Growing Food in Space" Pendaftaran dibuka…

2 weeks ago

Pertandingan Cipta Iklan AI

Tune Talk NextGEN, satu pertandingan yang mengajak pelajar di Malaysia menghasilkan iklan kreatif menggunakan kecerdasan…

3 weeks ago

A Breakdown of what Claude Can Help You With

Claude was developed by Anthropic, an AI safety research company founded in 2021 by former…

3 weeks ago