
Anjuran: Kementerian Pendidikan Tinggi
Dengan kerjasama: Universiti Putra Malaysia (UPM) & Putra Science Park
Tema: Kesihatan & Kesedaran Awal
Penyakit tidak mengenal masa dan tempat. Namun, kesedaran dan tindakan awal mampu menyelamatkan nyawa!
Jom kongsikan idea-idea kreatif dan inovatif anda untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih peka, aktif dan sedar akan kepentingan kesihatan.
Idea kecil anda mungkin solusi besar untuk masa depan,
Sertai Pertandingan IdeaVault dan jadilah sebahagian daripada usaha membentuk masa depan yang lebih sihat dan sejahtera.

Hadiah menarik menanti para pemenang!
Pertandingan IdeaVault membuka peluang kepada peserta yang mengambil bahagian untuk mencurahkan idea bernas serta memenangi rangkaian hadiah menarik yang disediakan penganjur. Idea yang terpilih juga berpotensi dibangunkan ke peringkat seterusnya sehingga boleh direalisasikan. Penyertaan bagi program IdeaVault ini dikategorikan kepada lima (5) kumpulan sasaran, dan melibatkan empat (4) bidang tumpuan utama.

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia Sahaja.
2. Penyertaan bagi pertandingan ini dibahagikan mengikut 5 kumpulan sasaran iaitu:
i. Profesional & Intelektual
ii. Pelajar IPT, Politeknik dan Kolej
iii. Pelajar Sekolah Menengah
iv. Pelajar Sekolah Rendah
v. Orang Awam
3. Penyertaan adalah secara INDIVIDU dan setiap peserta perlu melayari sistem IdeaVault secara dalam talian untuk menyertai pertandingan ini.
4. Peserta perlu melengkapkan semua butiran yang diperlukan oleh sistem IdeaVault tersebut.
5. Setiap penyertaan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM3.00 sahaja bermula pada 2 Januari 2025 dan peserta perlu melampirkan resit bayaran di dalam sistem tersebut mengikut arahan yang diberikan.
6. Idea yang disumbangkan perlu asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber, serta bukan diambil daripada idea sedia ada yang telah dilindungi sebagai harta intelek (paten, hakcipta dan seumpamanya), dikomersil, atau diterbitkan.
7. Hanya penyertaan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja diterima dan akan dinilai.
8. Setiap peserta dilarang menyentuh isu sensitif berkaitan kebudayaan, agama, individu atau organisasi.
9. Pertandingan ini ditutup pada 30 April 2025. Pihak urusetia berhak untuk menolak sebarang penyertaan yang dibuat selepas tarikh ditutup.
10. Penyertaan bagi idea yang telah disumbangkan oleh setiap peserta akan dinilai oleh juri yang dilantik khas dan keputusan juri adalah muktamad.
11. 100 idea yang terpilih akan ditawarkan menyertai sesi βpitchingβ yang dijadualkan berlangsung pada bulan November 2025 iaitu pada hari kemuncak Festival Idea Putrajaya tahun 2025.
12. Seramai 15 orang pemenang akan diumumkan pada hari kemuncak Festival Idea Putrajaya iaitu tiga pemenang bagi setiap satu daripada lima kumpulan sasaran yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut and penyertaan, sila ke LAMAN PENGANJUR