
Jom tunjukkan bakat dan kreativiti anda!
Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo dan Slogan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-65 ZTNS yang akan diraikan pada tahun 2026.
Tarikh penyertaan:
7 Mac – 7 April 2025
Hadiah menarik menanti!
Pemenang Utama:
RM2,000 + Sijil Penghargaan
5 Pemenang Saguhati:
RM100 + Sijil Penghargaan
Logo dan slogan terpilih akan digunakan dalam semua bahan promosi rasmi sepanjang sambutan ulang tahun ke-65 ZTNS.
Syarat Penyertaan:
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Majlis Perbandaran Taiping (MPT)
Hasil ciptaan mestilah asli dan tidak menggunakan teknologi AI
Tidak mengandungi unsur sensitiviti kaum, budaya dan agama
Hantar penyertaan anda secara dalam talian di pautan berikut:

Mari bersama-sama memeriahkan sambutan ulang tahun ke-65 ZTNS dan hargai peranan ZTNS sebagai ikon pelancongan dan pemuliharaan hidupan liar di Taiping!