Perpustakaan Bandaraya DBKU menganjurkan Pertandingan Mereka Cipta Logo bersempena dengan Bulan Membaca Buku 2025

Pertandingan dianjurkan pada 3 Mac 2025 sehingga 7 April 2025.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga Kuching. Peserta boleh menghantar
seberapa banyak penyertaan. Ciptaan mestilah asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak dan diambil daripada mana-mana pihak atau hasil kerja orang lain serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif yang boleh menyinggung mana-mana
pihak lain.

Pihak Urus Setia Pertandingan berhak untuk mengubah tempoh pertandingan mengikut kesesuaian
keadaan. Pihak penganjur akan mengemaskini jika terdapat perubahan tarikh
peraduan pada laman web dan media sosial Perpustakaan Bandaraya DBKU.

Untuk menyertai, sila klik link BORANG PENYERTAAN atau scan pada QR code yang tertera di poster di atas.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saudara Encik Mohd Razis Bin Saleh di talian 082-507403/507099.

Bulan Membaca Buku 2025

Leave a Reply