Promosi Tahun Melawat Kedah 2025 kepada komuniti yang lebih luas, khususnya dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Memperkenalkan keunikan Institusi Pendidikan Agama di Kedah menerusi video pendek di mana peserta dapat menonjolkan keistimewaan dan keunikan Institusi Pendidikan Agama di Negeri Kedah termasuk sejarah, budaya, dan pencapaian institusi yang membanggakan.

Menggalakkan kreativiti dan penglibatan pelajar, guru dan warga sekolah untuk menonjolkan bakat kreatif mereka dalam bidang videografi dan penyuntingan sambil meningkatkan penglibatan mereka
dalam aktiviti promosi negeri secara tidak langsung.

Pejabat Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah.

Sila Layari Pautan Berikut Untuk Syarat Pertandingan dan Kaedah Pendaftaran :

https://scnv.io/ZvxC?qr=1

Tempoh Pertandingan: 23 Februari 2025 sehingga 25 Mac 2025

Hadiah wang tunai menanti pemenang, jom ramai-ramai sertai pertandingan ini.

Terima kasih.

Leave a Reply