
Cuti sekolah dah tiba. Mencari aktiviti menyeronokkan untuk mengisi masa lapang si cilik anda? Jom ketengahkan bakat mewarna mereka melalui Pertandingan Mewarna YAPEIM 2025 serta berpeluang memenangi hadiah menarik! π
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 4 hingga 12 tahun kecuali ahli keluarga terdekat kakitangan YAPEIM/IMP/IBK YAPEIM.
Kaedah penyertaan:
Cetak poster lukisan mewarna yang disertakan di posting ini
Rakam video peserta sedang mewarnakan poster dalam durasi 5 – 10 saat
Muat naik video berserta poster yang telah siap diwarnakan di Facebook anda dan tag Facebook YAPEIM (Official) di posting tersebut (pastikan posting dalam tetapan umum)
Hantarkan juga video penyertaan dan poster lukisan mewarna peserta ke alamat e-mel media@yapeim.my
Setiap penyertaan wajib FOLLOW page Facebook YAPEIM (Official) dan tag @highlight / @followers di ruangan komen posting pertandingan ini.
Penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 16 Februari 2025
Poster lukisan mewarna juga boleh di muat turun melalui KLIK DI SINI

Ayuh serlahkan bakat anak-anak anda, jom sertai sekarang!