ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π π…πŽπ“πŽπ†π‘π€π…πˆ πŠπ„πŒππ„π ππ„π‹πˆ 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€ π”ππ“π”πŠ ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π!

Ayuh semua rakyat Malaysia! πŸ’ͺ🏻

Serlahkan kreativiti anda untuk mempromosikan produk tempatan dalam Pertandingan Fotografi dengan tema Kempen Beli Barangan Malaysia dan menangi hadiah wang tunai!

πŸ“… Tempoh Pertandingan: 13 November hingga 13 Disember 2024

Jangan lepaskan peluang ini! Kongsikan hasil karya terbaik anda dan tunjukkan semangat menyokong produk tempatan! πŸ›οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Terma dan Syarat

1. Terbuka kepada semua warganegara.

2. Setiap individu boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan, namun hanya satu (1) penyertaan terbaik sahaja akan dipilih untuk penilaian.

3. Dibuka dari 13 November  hingga 13 Disember 2024.

4. Gambar yang dihasilkan perlulah bersesuaian dengan tema yang telah ditetapkan β€œKempen Beli Barangan Malaysia”.

5. Gambar yang dikemukakan mestilah asli yang diambil sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).

6. Gambar yang dihantar tidak boleh mengandungi sebarang elemen atau unsur-unsur negatif dan menyalahi
undang-undang.

7. Gambar yang dihasilkan perlulah disiarkan melalui platform media sosial masing masing beserta dan tag KPDN dengan hashtag #KempenBeliBaranganMalaysia #BarangBaikBarangKita #KPDN .

8. Foto-foto yang dihantar akan menjadi hak milik KPDN dan Kementerian berhak menggunakan foto-foto tersebut bagi tujuan hebahan dan promosi.

9. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.

πŸ“² Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh KLIK SYARAT PENUH PENYERTAAN DAN BORANG


SEMOGA BERJAYA !!

Leave a Reply