Sertai Pertandingan Penulisan Sajak Perpaduan anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 September 2024 – 15 Oktober 2024.

Ruginya kalau tak cuba, mana tahu rezeki anda bawa pulang wang tunai ini. 😊😊😊😊. Min pun tumpang gembira 🥳🥳🥳🥳.

  • Sajak hendaklah berdasarkan tema yang diberikan, iaitu Perpaduan. Peserta boleh
    menghasilkan karya berkaitan tentang semangat perpaduan kaum dalam kalangan
    masyarakat di Malaysia.
  • Peserta boleh menghantar satu hingga tiga sajak untuk dipertandingkan. Walau
    bagaimanapun seorang peserta hanya layak menerima dua hadiah sahaja sekiranya
    karya tersebut layak menang.
  • Sajak yang dihasilkan mestilah tidak melebihi 35 baris dan tidak kurang 15 baris.
  • Karya hendaklah ditaip dalam format DOC (MS Words) dan dihantar berserta
    dengan borang penyertaan rasmi ini.
  • Peserta tidak dibenarkan menulis nama pada karya yang dihantar. Hanya tajuk
    karya sahaja dibenarkan.
  • Sajak yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan dalam
    mana-mana penerbitan. Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang
    diragui keasliannya.
  • Peserta dilarang sama sekali menyentuh soal peribadi seseorang atau agama
    serta hal-hal sensitif yang lain dalam penulisan.
  • Setiap penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum 15
    Oktober 2024. Penyertaan yang lewat diterima akan ditolak.
  • Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima.

Klik pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai garis panduan, syarat pertandingan dan borang penyertaan.

Sajak: https://drive.google.com/…/1MD9ctdCzqG2v0sN9BCT…/view…

#perpustakaannegaramalaysia#malaysiamembaca

Leave a Reply