Categories: Terkini

Pertandingan Olimpiad MyPO 2024 untuk Pelajar 11 – 18 tahun

Anda seorang murid yang suka berfikir?

Anda ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang suka membaca?

Anda seorang guru yang mempunyai anak murid suka berhujah?

Berita baik untuk anda!

PPFPM akan kembali melangsungkan Olimpiad Falsafah Malaysia 2024 (MyPO24)! Program ini adalah program tahunan anjuran PPFPM yang terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah berumur 11 ke 18 tahun. Para pemenang berpeluang mewakili Malaysia ke International Philosophy Olympiad yang akan dilaksanalan pada tahun hadapan. TIADA YURAN DIKENAKAN!


Pengenalan MyPO

Anda pelajar sekolah menengah yang suka berfikir, rajin membaca dan minat berhujah? Anda berminat mendalami ilmu falsafah?

Jika ya, anda dijemput untuk menyertai Olimpiad Falsafah Malaysia (MyPO), satu pertandingan penulisan esei falsafah peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 23 November 2024.

MyPO adalah suatu pertandingan penulisan esei falsafah, anjuran Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang belajar di peringkat menengah atau pra-universiti (termasuk di luar negara), dan berumur 18 tahun ke bawah.

Para pemenang MyPO akan berpeluang untuk menyertai Bengkel Olimpiad Falsafah Malaysia, iaitu bengkel latihan bagi memilih pasukan Malaysia bagi International Philosophy Olympiad (IPO). Peserta yang terpilih akan mewakili Malaysia ke IPO 2025 yang bakal dianjurkan pada bulan Mei 2025 di Bari, Itali.

Mengenai IPO

IPO merupakan suatu pertandingan penulisan esei falsafah peringkat antarabangsa yang membabitkan lebih 50 buah negara. IPO telah diasaskan pada tahun 1993 dan diadakan setiap tahun pada sekitar bulan Mei. Pertandingan IPO adalah di bawah naungan International Federation of Philosophical Societies (FISP).

Setiap negara boleh menghantar 2 orang peserta ke IPO, yang dipilih melalui pemilihan di peringkat kebangsaan oleh organisasi yang dilantik oleh FISP. Proses pemilihan peserta Malaysia diuruskan oleh PPFPM; proses ini bermula dengan MyPO dan diikuti dengan beberapa siri latihan dan saringan.

Malaysia mula mengambil dalam IPO sejak tahun 2018. Walaupun penglibatan Malaysia masih baru, para peserta negara telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan memenangi anugerah di IPO pada setiap tahun Malaysia mengambil bahagian

Format Pertandingan

  • MyPO 2024 merupakan pertandingan penulisan esei falsafah secara atas talian.
  • Peserta diberi 5 petikan yang berkaitan dengan falsafah. Peserta perlu memilih salah satu tajuk dan menulis satu esei berdasarkan tajuk tersebut.
  • Tempoh masa yang diberikan adalah 12 jam (10am – 10pm).
  • Tarikh pertandingan MyPO pada tahun ini adalah pada 23 November 2024 (Sabtu).
  • Esei yang ditulis mestilah asli (tiada rujukan luar atau perisian/aplikasi berasaskan AI dibenarkan), dengan panjang 1000 – 2000 patah perkataan.
  • Esei boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Esei boleh ditulis menggunakan perisian Microsoft Word, Google Docs, atau yang setara, dan dihantar dalam format PDF.
  • Esei akan dinilai oleh sekumpulan pakar dari PPFPM yang terdiri daripada ahli akademik dan pendidik falsafah.

Syarat Penyertaan

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Sedang mengikuti pengajian di sekolah menengah atau pra-universiti;
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur bawah 19 tahun pada tahun 2024;
  • Belum memulakan pengajian peringkat diploma atau ijazah di universiti.

Sijil & Markah PAJSK

Sijil elektronik akan dikeluarkan kepada semua peserta MyPO 2024. 

Para peserta layak mendapat markah PAJSK (peringkat pertandingan akan dimaklumkan kelak).

Yuran Penyertaan : Tiada yuran penyertaan dikenakan untuk menyertai MyPO 2024.

Layari laman sesawang PENGANJUR ATAU PPFPM untuk maklumat lanjut

Berminat? Klik pautan berikut untuk pendaftaran: DAFTAR SEKARANG

admin

Recent Posts

Popular K-Drama All-Time Favorite

Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…

6 days ago

URIIS Student Biz Innovation Challenge 2026

Tukarkan Idea Anda Menjadi Impak Sebenar! Hadiah Wang Tunai sehingga RM20,000.00 !! Kepada semua mahasiswa…

1 week ago

SKK (Skim Khairat Kematian)

Skim Khairat Kematian (SKK) ialah program bantuan kewangan bagi tujuan pengurusan kematian di Malaysia—yang disediakan…

1 week ago

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐏𝐀𝐂𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 (𝐍𝐒𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tema: "Taman Angkasa: Penanaman Makanan di Angkasa" "Space Garden: Growing Food in Space" Pendaftaran dibuka…

2 weeks ago

Pertandingan Cipta Iklan AI

Tune Talk NextGEN, satu pertandingan yang mengajak pelajar di Malaysia menghasilkan iklan kreatif menggunakan kecerdasan…

3 weeks ago

A Breakdown of what Claude Can Help You With

Claude was developed by Anthropic, an AI safety research company founded in 2021 by former…

3 weeks ago