Categories: Terkini

PERTANDINGAN MENCIPTA WATAK KAREKTER KARTUN BUKU CILIK JAUHAR

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Taโ€™zim (YPKDT) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Watak Karakter Kartun bagi Buku Cilik Jauhar dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Warisan Johor.

Terbuka kepada warganegara Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Taโ€™zim menjalinkan kolaborasi pintar bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pusat Penyelidikan Kanak-Kanak (NCDRC), UPSI untuk menerbitkan buku kemahiran dan latihan kanak-kanak Jauhar Child Care Centre (JCC). Inisiatif ini bertujuan untuk memperkayakan literasi kanak-kanak di peringkat awal pendidikan di Malaysia, khususnya di TASKA-TASKA yang berdaftar di bawah YPKDT.

Buku Cilik Jauhar yang akan diterbitkan ini bukan sahaja menumpukan kepada aspek pembelajaran asas seperti mengenal huruf, angka, warna dan bentuk tetapi juga merangkumi elemen-elemen dalam mengukuhkan perkembangan kanak-kanak dengan merujuk kepada Modul Jauhar dan Modul Permata.

Sehubungan dengan itu, YPKDT bercadang untuk menghasilkan watak kartun dalam penghasilan Buku Cilik Jauhar dengan mempelawa orang ramai yang mempunyai bakat/ kepakaran/ idea untuk berkongsi karya kreatif agar buku kanak-kanak JCC lebih menarik dan interaktif.

ย Tunjukkan Kreativiti Anda!
Cipta watak kartun unik untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menggambarkan budaya Johor serta membawa nilai moral, humor, dan keindahan seni. Watak yang dihasilkan harus sesuai untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun dan direka dengan gaya yang menarik perhatian mereka.

ย Hadiah Menarik:
ย Tempat Pertama: RM3,000 + Sijil Penghargaan
ย Tempat Kedua: RM2,000 + Sijil Penghargaan
ย Tempat Ketiga: RM1,000 + Sijil Penghargaan
ย 10 Pemenang Saguhati: RM200 + Sijil Penyertaan

Sila baca maklumat lanjut dan syarat Pertandingan serta hantar penyertaan anda melalui: BORANG PENYERTAAN

๐™๐™–๐™ง๐™ž๐™ ๐™ ๐™ฉ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ฅ : 6 ๐™Š๐™ ๐™ฉ๐™ค๐™—๐™š๐™ง 2024.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pn. Rozalina (07-266 6548) atau Pn. Masfarah (07-266 6533)

admin

Recent Posts

Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN DATA & POSTER KREATIF KEBANGSAAN 2026 ๐ŸŽจโœจ (National Data Storytelling Video &…

3 weeks ago

PERTANDINGAN MELAKAR REKA BENTUK BEDUK

Jom sertai Pertandingan Melakar Reka Bentuk Beduk! Ini peluang anda untuk menunjukkan bakat seni, budaya,…

3 weeks ago

PERTANDINGAN SENI KHAT

Tunjukkan bakat tulisan tangan dan keindahan seni khat anda dalam pertandingan ini! Hadiah wang tunai…

3 weeks ago

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat

Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat bersempena NADI X Kesedaran Kempen Internet Selamat, dengan tajuk utama memfokuskan…

2 months ago

Ringkasan Pertandingan iKOM Sains 2026

Pertandingan iKOM Sains 2026 dengan tema "Sains, Kamera, Aksi!" adalah inisiatif anjuran Pusat Sains Negara…

2 months ago

PERTANDINGAN GREEN INNOVATION SCIENCE PROJECT

Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…

2 months ago