Syarat-syarat Penyertaan dan Pendaftaran:
- Warganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 50 tahun.
- Tema bagi pertandingan ini adalah Perpaduan dan
Keharmonian Rantau ASEAN. - Peserta dikehendaki mendaftar secara dalam talian
menggunakan borang yang disediakan. (nama penuh, kad
pengenalan, jantina, etnik, nama sekolah, negeri dan
pekerjaan bagi tujuan perekodan, pelaporan serta analisis
data.) Hasil lakaran perlu dihantar bersama-sama borang
tersebut. - Hanya peserta yang berdaftar dengan maklumat lengkap
sahaja layak menyertai pertandingan. - Semua data peribadi peserta yang dikumpulkan dan
disimpan oleh Jabatan Penerangan Malaysia adalah bukan
untuk tujuan transaksi komersial dan hanya diguna pakai
bagi tujuan pertandingan serta tertakluk di bawah Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). - Keputusan pertandingan akan diumumkan melalui media
sosial dan juga akan dimaklumkan melalui telefon atau emel
dan surat oleh urus setia. - Peserta digalakkan ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook Jabatan
Penerangan Malaysia bagi memastikan peserta tidak
ketinggalan dalam mendapatkan maklumat-maklumat
terkini yang akan dimuat naik melalui Facebook dari semasa
ke semasa. - Hasil lakaran akan menjadi hak mutlak Jabatan
Penerangan Malaysia (JAPEN). - Senarai pemenang dan keputusan panel hakim adalah
MUKTAMAD.
Format Pertandingan
- Format Penyediaan Karya Seni : Ilustrasi secara manual
(menggunakan tangan) dan berwarna - Saiz ilustrasi: kertas lukisan bersaiz A3 (landskap atau potrait)
- Format Penghantaran Karya Seni: Digital dan berwarna
- Format Fail atau gambar lakaran: JPEG atau PDF (saiz
maksimum 30MB) - Resolusi Gambar: 150dpi hingga 300dpi
- Kaedah penghantaran: Menggunakan Google Form rasmi
yang disediakan oleh penganjur yang akan dimaklumkan
oleh pihak urus setia di Facebook rasmi Jabatan
Penerangan Malaysia. - Maksud disebalik karya peserta perlu dinyatakan dalam
bentuk ayat tidak kurang daripada 50 patah perkataan di
dalam borang penyertaan.
UNTUK MENYERTAI SILA KE LAMAN : PENDAFTARAN