[PERADUAN MENULIS PUISI ALAM KREATIF 2024]
Peraduan Menulis Puisi Alam Kreatif tahunan kami kembali untuk tahun ke-5! Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM250 dan sebuah paparan puisi anda pada dinding kami!
Dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang semakin hampir, apa yang lebih menginspirasi selain mencipta sebuah puisi untuk membangkitkan semangat patriotik anda? Tema istimewa tahun ini adalah βKuih-Muihβ.
Untuk menyertai pertandingan atas talian ini, sila rujuk poster yang disediakan.
Dua pemenang (Satu daripada setiap kategori umur) akan menerima hadiah wang tunai, gambar paparan puisi mereka serta sijil rasmi pencapaian yang akan dihantar ke alamat rumah masing-masing.
Paling penting, puisi yang terpilih akan dicetak dan dipaparkan bersebelahan mural bertema βMalaysia Kitaβ oleh artis tempatan Azizan Said pada dinding Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
β Kanak-kanak: 7 hingga 12 tahun
β Remaja: 13 hingga 17 tahun
Terbuka kepada semua kanak-kanak Malaysia
1. Tulis sebuah puisi 4 baris bertema βKuih-muihβ.
β Tiada had perkataan tetapi puisi hanya terhad kepada *4 baris sahaja*.
β Puisi yang melebihi dari 4 baris akan dibatalkan secara automatik.
β Tip: Sila elakkan kandungan yang berkaitan dengan politik atau mendiskriminasi mana-mana kumpulan atau individu kerana pertandingan ini memberi fokus kepada kehebatan Malaysia sebagai sebuah negara.
2. Semak draf anda dan pastikan tiada kesalahan ejaan.
3. Kirimkan puisi anda melalui borang google ini:
https://bit.ly/akpoemcontest2024
β Tempoh peraduan: 9 Ogos β 16 September 2024 (11:59 Malam)
β Pengumuman keputusan: 24 September 2024
Puisi pemenang dijangka akan dipaparkan pada penghujung Oktober 2024.
Setiap cabaran alam sekitar memerlukan idea baharu. Mungkin idea itu datang daripada anda. BASF PETRONAS…
MAKLUMAT PROGRAM Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu).Tempoh Penyertaan: 10 Ogos…
Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai…
TEMPOH : 03/08/2026 - 27/09/2026 Cara penyertaan : Pembelian minimum RM10 produk ZUS dalam satu…
Penganjuran edisi kedua ini adalah usaha sama strategik antara akhbar Harian Metro dan konglomerat automotif…
Korean dramas (K-dramas) have achieved massive global popularity through streaming platforms like Netflix, Disney+, and…